• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tepukan Gemuruh Di Kuala Kangsar Rai MB Baharu

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Sorakan ‘reformasi’ dan tepukan gemuruh bergema di luar pagar Istana Iskandariah di sini apabila Ahmad Faizal Azumu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang ke-12.

Ahmad Faizal,48, yang mewakili Pakatan Harapan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Rakyat pelbagai kaum mulai menunggu di depan pagar masuk istana sejak 3 petang tadi kerana mahu memberi sokongan kepada menteri besar baharu itu yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Bagi Karen Lein Ty Lee, 55, dia sangat gembira kerana dapat merasai detik bersejarah itu dengan memberi sokongan kepada Menteri Besar baharu.

“Inilah saat paling gembira… seolah-olah merdeka lagi. Saya berharap kerajaan yang dibentuk ini tidak berubah seperti pada tahun 2008” katanya kepada Bernama.

S.Logan, pekerja swasta dari Gopeng berkata beliau bersama 15 saudara mara dan kawan-kawan telah berada di pintu masuk istana sejak pukul 2 kerana mahu melihat sendiri wajah Menteri Besar baharu.

“Saya berharap dengan Menteri Besar yang baharu ini, ia dapat menyuntik nafas baharu dalam sistem penyampaian kerajaan. Kalau boleh sebuah kerajaan yang prihatin dan sentiasa mendengar masalah rakyat,” katanya.

Fahrul Hafiz Abdullah Khoshaini, 36, dari Kamunting juga menunggu di pintu masuk istana kerana mahu memberi sokongan kepada Menteri Besar untuk rakyat Perak itu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendapat 29 daripada 59 kerusi DUN, manakala Barisan Nasional 27 kerusi dan PAS hanya tiga kerusi.

Keputusan itu menyaksikan tiada mana-mana parti mendapat majoriti mudah 30 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri, namun kemelut itu berakhir hari ini selepas dua ADUN BN memilih untuk menyertai PH sekali gus memberikan Pakatan Harapan 31 kerusi untuk membentuk kerajaan. – BERNAMA

Tags: Ahmad Faizal Azumu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

03/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat laporan polis mengenai dakwaan...

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd