• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LGE Kewangan, Muhyiddin KDN, Mat Sabu Pertahanan

oleh
13/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKHIRNYA Melayu hilang penguasaan selama 44 tahun ke atas Kementerian Kewangan apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang terpalit skandal rasuah diumum sebagai menterinya.

Pengumuman oleh Perdana Menteri tertua di dunia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Pakatan Harapan itu dibuat dalam sidang akhbar di ibu pejabat PPBM di Yayasan Selangor, Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Untuk rekod kali terakhir Menteri Kewangan dari kalangan kaum Cina dipegang oleh Presiden MCA yang ketiga, Tun Tan Siew Sin antara 1959 sehingga 1974 semasa era pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain.

Sebelum itu, jawatan berkenaan disandang oleh Tun Henry Lee Hau Shik selama dua tahun sahaja sejak negara mencapai kemerdekaan dari penjajahan British ketika zaman pentadbiran Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra.

Mahathir dalam pada itu turut menyatakan hanya tiga nama menteri kanan Kabinet dapat diumumkan baki tujuh menteri lagi akan diumum pada minggu hadapan bagi melihat kesesuaian dan kelayakan mereka terlebih dahulu.

Selain Guan Eng, Mahathir hari ini turut membuat kejutan apabila mengumumkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri dan Presiden PAN, Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.

“Saya meminta daripada setiap parti dalam komponen PH untuk mencadangkan tiga nama calon mereka kepada saya bagi diberi pertimbangan untuk jawatan menteri sebagai anggota jemaah Kabinet Persekutuan.

“Kita tidak mahu barisan Kabinet yang terdiri daripada satu bangsa sahaja selain mempunyai wakil daripada keempat-empat parti gabungan,” kata perdana menteri merujuk kepada komponen PPBM, PKR, DAP dan PAN.

Wakil calon dari Sabah dan Sarawak juga bakal dilantik dalam Jemaah Menteri di bawah pentadbiran Mahathir dan beliau turut menegaskan bahawa pengumuman barisan Kabinet akan dibuat pada bila-bila masa sahaja.

Beliau turut mengumumkan Majlis Penasihat dianggotai oleh pakar ekonomi dan ahli akademik termasuk Tan Sri Zeti Akhtar, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Robert Kuok, Dr. Jowo Kwame Sundaram dan Tan Sri Hassan Merican.

Diketuai oleh Daim yang juga bekas menteri kewangan era pemerintahan Mahathir, majlis itu bertanggungjawab dalam merangka dan membentuk prasarana ekonomi negara untuk 100 hari pertama pentadbiran beliau sendiri.

Sekretariat Majlis Penasihat tersebut akan diselia pula oleh pakar ekonomi tempatan, Dr Muhammed Abdul Khalid dan ikon wartawan tanah air, Datuk A. Kadir Jasin. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd