• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hubungan Masih Baik, Jangan Lagakan Fitri-UNIC

oleh
13/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA disebabkan dirinya dahulu merupakan antara ahli kumpulan nasyid UNIC, Fitri Haris tak putus dikritik oleh netizen yang terlebih prihatin sehingga mahu melaga-lagakan mereka.

Sempena konsert akhir Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) pada malam ini, Fitri bakal membawa lagu berjudul Zinnirah yang merupakan salah satu lagu di dalam album UNIC pada tahun 2003 lalu.

“Saya bukan nak lawan UNIC dan jangan laga-lagakan kami!

“Ada suara-suara mula membawang dengan jayanya mengatakan kenapa nyanyi lagu Zinnirah? UNIC nak keluar Zinnirah 2018 lagi beberapa hari.

“Saya tiada jawapan selain mendoakan agar dibuka hati para pemotong bawang supaya minatlah pada mesej dan lagu yang disampaikan bukan kepada yang membawa,” tulisnya di laman Instagram miliknya.

Bagi Fitri, dia langsung tidak mempunyai perasaan untuk berlawan mahupun membezakan versi pentas final GGV serta versi UNIC yang dahulu.

Malah, walaupun dahulu dia juga merupakan anggota kumpulan UNIC, sehingga kini mereka masih lagi mempunyai hubungan yang baik sesama sendiri.

“Kami sama-sama memerah buah fikiran dan ingin hadiahkan yang terbaik, saya minta pertolongan satu sahaja jangan laga-lagakan kami dengan ketidak sensitifan anda.

“Saya, Fakhrul, Najdi dan Bazli bersahabat dan sering memberi sokongan dan doa sesama kami. Moga segalanya di permudahkan,” tambahnya lagi.

Walaupun perubahan ahli kumpulan, itu tidak membuatkan mereka bermusuhan tetapi ia lebih menguatkan lagi ukhwah sesama insan.

Menurut Fitri, UNIC merupakan pendorong utama untuk dia lahir di dalam industri seni sehingga hari ini.

Selain Fitri, antara finalis GGV2 pada tahun ini ialah Adeep Nahar, Awi Rafael, In Team, Brothers dan Heliza & Hazwani.

Konsert akhir bakal berlangsung pada malam ini jam 9 malam di saluran Astro Oasis, Astro Maya HD, Astro Ria, Astro Ria HD dan saluran baharu sempena Ramdan iaitu Ramadan HD. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: FITRI HARISNetizenUNIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd