• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadapi Saingan Tiga Penjuru, Hamidin Enggan Ulas

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Teka-teki mengenai sama ada kerusi presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) akan menyaksikan adanya persaingan telah pun terjawab semalam.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi, dalam satu kenyataan semalam telah mengumumkan tiga nama telah dicalonkan oleh ahli gabungan FAM untuk merebut jawatan tertinggi badan induk itu.

Mereka ialah bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.

Bagaimanapun, Hamidin yang ditemui pada sambutan Hari Bola sepak Akar Umbi AFC 2018, bagaimanapun enggan mengulas mengenai saingan tiga penjuru tersebut.

“Buat masa ini, saya tidak boleh beri sebarang komen. Saya akan komen bila sampai masanya,” katanya ringkas.

Selepas tempoh pencalonan yang dibuka pada 2 April lepas berakhir pada 5 petang semalam, FAM hanya menerima tiga nama berkenaan sebagai calon daripada ahli gabungan FAM yang telah mengembalikan kertas pencalonan masing-masing.

Sehubungan itu, tiga calon berkenaan perlu mengesahkan penerimaan pencalonan masing-masing sebelum atau pada 14 Jun, iaitu sebulan sebelum berlangsungnya Kongres FAM Ke-54 pada 14 Julai ini.

Kerusi tertinggi FAM itu kosong apabila penyandang jawatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya pada 25 Mac lalu dengan mencadangkan Hamidin sebagai individu paling layak untuk menerajui FAM. – BERNAMA

Tags: Datuk Hamidin Mohd AminFAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FAM Tuntut FIFA Jelaskan Masa Tambahan Indonesia-Bangladesh, 2 Minit Jadi 7 Minit

FAM Tuntut FIFA Jelaskan Masa Tambahan Indonesia-Bangladesh, 2 Minit Jadi 7 Minit

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi mendapatkan penjelasan berhubung...

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR  - Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Peter Cklamovski hari ini mengumumkan beliau akan meninggalkan jawatan sebagai Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd