• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Ruang UMNO Bentuk Pemimpin Baharu

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua pihak diharap bersabar dan memberikan ruang kepada UMNO membentuk kepemimpinan baharu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau bersetuju dengan perkara itu, namun ia perlu dilakukan secara tertib supaya maruah dan prinsip yang dijunjung parti dapat dikembalikan.

“Saya menyeru dan merayu kepada semua pihak untuk bersabar dan memberikan ruang supaya perkara ini dapat mengizinkan kita melaksanakannya dengan segera.

“Percayalah, saya akan lakukan yang terbaik demi parti dan negara yang tercinta. Semoga Allah SWT memelihara UMNO,” katanya menerusi entri di akaun Twitter rasminya, @HishammuddinH2O, hari ini.

Pada masa sama, beliau meminta ahli UMNO supaya tidak emosi dalam sebarang tindakan.

“Kita lakukan ini demi masa hadapan dan kesatuan kita. Perkara ini telah pun saya sampaikan kepada setiap pucuk pimpinan, termasuk sayap dalam parti,” katanya.

Semalam, beberapa sayap, termasuk Pemuda UMNO Johor menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, berundur dan memberi ruang kepada muka baharu yang mampu melakukan perubahan kepada parti.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim, dipetik berkata, sayap pemuda itu turut menggesa supaya Najib memberikan kerjasama dalam proses transisi tampuk kepemimpinan UMNO.

Katanya, UMNO tidak boleh lagi terus berada dalam keadaan ‘in denial’ dan rakyat sudah bersuara, maka UMNO juga perlu bersuara. – Berita Harian

Tags: Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO, BN Tetap Sokong Kerajaan Sedia Ada

30/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan UMNO tetap menyokong kerajaan sedia ada di sebalik kemelut serta ketidakstabilan politik ketika...

SUA Hishammuddin Buat Laporan Polis Susulan Surat Palsu

24/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan polis dibuat susulan surat palsu yang mengaitkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memohon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd