• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Istiadat Angkat Sumpah MB Perak Petang Ini

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Istiadat angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baharu akan berlangsung petang ini, kata Anggota Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini.

Beliau berkata persiapan untuk istiadat yang dijangka bermula pada 5 petang di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar itu telah dibuat dan jemputan juga sudah dikeluarkan.

Bagaimanapun parti mana yang akan membentuk kerajaan negeri, sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH), belum diketahui.

Mohd Annuar berkata PH dan BN dijangka menghadap Sultan Perak Sultan Nazri Shah di Istana Kinta di sini kira-kira 2 petang ini untuk membuktikan mereka mempunyai majoriti mudah 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk kerajaan negeri.

“Mula-mula (perjumpaan BN pada pagi ini) tetapi apabila PH minta tangguh sampai 2 petang, tidak adil jika tiba-tiba Tuanku jumpa kumpulan lain pagi ini. Kami tetapkan masa sekitar 2 petang…maklumat lanjut (perjumpaan parti mana dulu) belum tahu lagi. Kami masih menunggu maklumat daripada mereka.

“Jika Tuanku dapat diyakinkan ada pihak yang ada majoriti mudah, Tuanku tidak mahu menangguh pembentukan kerajaan kerana ia dilihat tidak baik.

“Bukan tujuan Sultan Nazrin untuk melengah-lengahkan atau melambatkan (pelantikan). Kita harap dapat selesaikan dan kita boleh mula bekerja,” katanya ketika ditemui di luar Istana Kinta di sini hari ini.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria yang memenangi DUN Gunung Semanggol serta Khalil Yahaya (DUN Kubu Gajah) dan Mohd Akmal Kamaruddin (DUN Selama) dilihat memasuki Istana Kinta kira-kira 9.35 pagi.

Pada PRU14 Rabu lepas, Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP, PPBM dan Amanah berjaya memenangi 29 daripada 59 kerusi DUN, sementara BN (27) dan PAS (3). – BERNAMA

Tags: angkat sumpah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

25/08/2023
0

GEORGE TOWN: Kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini. (Ada rancangan...

Istiadat Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Berlangsung Esok

Istiadat Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Berlangsung Esok

23/08/2023
0

SEREMBAN: Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan akan berlangsung esok. (Ada rancangan nak melancong…atau ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd