• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Impian Syafie Naswip Beli Rumah Untuk Ibu Tercapai

oleh
13/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON, Syafie Naswip meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila impian untuk membelikan rumah buat ibunya iaitu Noorsiah Ahmad, 53, tercapai.

Perkhabaran gembira itu turut dikongsi oleh pelakon berusia 26 tahun itu menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Menurut pemilik nama sebenar, Mohammad Syafie Naswip berkata dia sememangnya sudah lama ada niat untuk berbuat demikian malah memberitahu mula menyimpan wang sejak pembabitannya dalam industri seni pada 2006.

“Memang menjadi impian saya sejak dulu untuk membeli rumah buat ibu. Alhamdulillah, selepas agak lama juga menyimpan, akhirnya saya dapat beli kediaman jenis ‘town house’ di Nilai.

“Ibu sebenarnya tidak tahu mengenai perancangan saya dan dia memang terkejut apabila saya menunjukkan rumah itu sambil memaklumkan ia adalah hadiah buatnya,” katanya dipetik BH Online, hari ini.

. 💐 Seandainyalah mata hati itu lebih bersinar dari mata di kepala. Tentu keadilan dan kasih sayang itu lebih murni…………… @sapawijohnson I love my family.

A post shared by Actor/26 (@syafienaswip) on May 10, 2018 at 9:03pm PDT

Ditanya bagaimana dirinya menguruskan wang, Syafie berkata dia akan membahagikan pendapatan kepada beberapa bahagian.

Kata Syafie, walaupun simpanan yang dibuat mungkin terlalu sedikit namun dia percaya wang itu mampu mengubah kehidupannya pada masa akan datang.

“Saya selalu mengingatkan diri, simpanan sangat penting walaupun nilainya sedikit. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu ketika susah.

“Setiap kali menerima bayaran lakonan, saya cepat-cepat membahagikannya kepada perbelanjaan harian, simpanan kahwin, penyelenggaraan kereta dan aset.

“Tetapi, janganlah menyimpan sehingga menyeksa diri, sampai tidak dapat melakukan perkara yang kita suka. Selalunya, saya juga akan simpan sedikit untuk melancong,” kongsi pelakon itu.

Sementara itu, diusik dengan pertanyaan adakah simpanan perkahwinan dibuat kerana dia sudah pun mempunyai perancangan bagi mendirikan rumah tangga, Syafie memberitahu ia sekadar persediaan dan masih belum terfikir untuk ke arah tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: syafie naswip
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tampil Imej Bertatu, Syafie Naswip Dikritik Ramai

27/01/2018
0

SIAPA tidak kenal dengan artis berbakat besar, Syafie Naswip yang mana rata-rata drama serta filem lakonannya sering mendapat pujian tinggi...

Tak Memilih Watak, Asal Lakonan Bermutu – Syafie

03/12/2017
0

SAIZ fizikal seseorang adakalanya tiada kena-mengena dengan usianya; ada yang bertubuh kecil tapi sudah berusia dan ada juga remaja yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd