• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Melaka Jadi Pembangkang Terbaik Demi Rakyat

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Barisan Nasional (BN) di Melaka akan menjadi pembangkang terbaik dalam memastikan sistem semak dan imbang dapat dilaksanakan untuk rakyat negeri berkenaan, kata Pengerusinya, Datuk Seri Idris Haron.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata beliau dan 12 lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN juga akan memastikan kebajikan mereka terus terbela apabila mewakili rakyat di kawasan masing-masing pada persidangan DUN nanti.

“Kami akan memberikan pandangan positif dan konstruktif bagi memastikan kemajuan negeri Melaka terus dicapai,” kata bekas Ketua Menteri Melaka itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka ke-11 Adly Zahari di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Utama, Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Sementara itu, Idris turut mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu kerajaan negeri itu yang dibarisi pemimpin Pakatan Harapan (PH) termasuk Adly yang dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.

BN gagal mempertahankan negeri Melaka selepas hanya menang 13 kerusi DUN daripada 28 kerusi bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan negeri selepas PRU14 pada 9 Mei lepas.

BN juga hanya memenangi dua kerusi Parlimen daripada enam yang dipertandingkan iaitu Masjid Tanah dan Jasin. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris Haron
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohon UMNO Pusat Batal Kelayakan Idris Bertanding

27/06/2018
0

MELAKA - Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu memohon kepimpinan tertinggi UMNO pusat membatalkan kelayakan Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Idris...

UMNO Melaka Fail Petisyen Cabar Keputusan PRU14

25/06/2018
0

MELAKA - UMNO Melaka telah memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin lepas bagi mencabar keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd