• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Bersenjata Iran Serang Israel Dari Syria

oleh Ahmad Albab
11/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMUQADDIS – Pasukan bersenjata Iran di Syria melancarkan bedilan roket menyasarkan beberapa pangkalan tentera Israel di Bukit Golan awal semalam, kata Israel, mendorong Rejim Zionis melancarkan serangan balas paling hebat ke atas Syria sejak konflik bermula pada tahun 2011.

Serangan sejurus selepas tengah malam itu ke atas Bukit Golan yang dikuasai Israel, menandakan kali pertama pasukan bersenjata Iran menyerang Rejim Zionis dari Syria di mana mereka dikerah bersama militia Syiah dan askar Rusia untuk menyokong Presiden Bashar Al-Assad dalam perang saudara di negara berkenaan.

Serangan Israel selama semalaman itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 23 militia terbunuh termasuk lima askar Syria dan 18 pejuang sekutu Bashar.

Israel menyatakan, sebanyak 20 roket Grad dan Fajr buatan Iran ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara Tirai Besi atau jatuh tanpa mengenai sasarannya di Bukit Golan.

Briged Al-Quds yang merupakan sayap luar Pengawal Revolusi Iran bertanggungjawab melancarkan roket itu, kata Israel.

“Serangan ini diperintah dan diarahkan oleh ketua Briged Al-Quds, Jeneral Qassem Soleimani dan ia gagal mencapai matlamatnya,” jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Jonathan Conricus memberitahu wartawan.

Israel melancarkan se­­rangan balas dengan memusnahkan berpuluh-puluh kedudukan tentera Iran di Syria. Turut dimusnahkan ialah unit-unit antipesawat yang cuba menembak jatuh jet perang Israel, kata Conricus.

“Kami tidak pasti jumlah kemusnahan di pihak Iran. Namun, matlamat kami tercapai iaitu kami menyerang kelengkapan ketenteraan dan mengakibatkan kerosakan masa panjang terhadap tentera Iran di Syria,” katanya.

Sementara itu, ketegangan yang berlaku membimbangkan Rusia berikutan usaha Moscow untuk cuba menstabilkan Syria. – Reuters

Tags: IranSyria
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub TEHRAN – Pihak tentera pusat Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd