• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Bertarung Ingatkan Saya Kepada Kuan Yew

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Perkembangan politik semasa di Malaysia telah menarik perhatian Goh Chok Tong, bekas Perdana Menteri Singapura yang kedua menggantikan Lee Kuan Yew.

Apabila menyaksikan Mahathir bertarung dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mengingatkan saya kepada ungkapan terkenal Lee Kuan Yew, “Malah dari katil tempat saya terbaring sakit, walaupun anda akan menurunkan saya ke liang kubur dan saya rasa ada sesuatu yang tidak kena, saya akan bangkit.”

“Kita harus menghormati Mahathir atas atas kehendak dan usahanya yang bersemangat waja untuk bertarung bagi membetulkan apa yang difikirkannya sebagai ada sesuatu yang tidak kena berlaku di negaranya,” menurut catatan dalam laman Facebook beliau hari ini.

** Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memenangi PRU14 yang baru berakhir.

** Dr. Mahathir, 92, telah mengangat sumpah jawatan sebagai perdana menteri Malaysia yang ketujuh di Istana Negara di Kuala Lumpur hari ini.

** Beliau disifatkan sebagai perdana menteri paling tua di dunia yang dipilih semula.

Goh berkata Dr. Mahathir dan rakan-rakan dan gabungan telah mencapai kemenangan yang menakjubkan.

“Tahniah kepada mereka atas kejayaan mereka, dan kepada Mahathir kerana menjadi Perdana Menteri Malaysia bagi kali kedua,” katanya.

Goh menarik perhatian bahawa “apa sahaja yang berlaku di seberang tambak memberi kesan pihak yang lain.

“Ini adalah detik yang bersejarah dan belum pernah berlaku sebelum ini bagi jiran terdekat kita. Kita mengucapkan selamat berjaya, dan menawarkan kepada Mahathir dan kerajaan baharu semangat muhibah dan persahabatan yang berterusan,” kata beliau dan mengakhirinya dengan singkatan nama GCT.

** Goh menjadi Perdana Menteri Singapura yang kedua selama hampir 14 tahun dari 1990 hingga 2004. – BERNAMA

Tags: Goh Chok TongLee Kuan YewSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd