• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Berhak Diberi Penghormatan Sebagai PM

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUN Dr. Mahathir Mohamad wajar menerima penghormatan tertinggi daripada rakyat pelbagai lapisan masyarakat di negara ini apabila dilantik semula sebagai perdana menteri ketujuh hari ini.

Seorang pemimpin terkenal masyarakat Bidayuh, Datuk Peter Minos berkata kemenangan Mahathir dalam memimpin Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semalam tidak boleh dipertikaikan kerana ia adalah pilihan rakyat menerusi kotak undi.

“Kita adalah negara demokrasi dan kita berpegang dan mematuhi prinsip-prinsip demokrasi. Jadi rakyat sudah bersuara dan kita mesti mendengar dan menerima kehendak rakyat,” katanya kepada Bernama.

“Ia begitu mudah dan jelas seperti itu,” kata pengerusi Majlis Perbandaran Samarahan atau lebih dikenali Walikota, itu, sambil menambah bahawa ini tidak boleh dipersoalkan dalam negara yang bebas dan mengamalkan sistem demokrasi seperti Malaysia.

Justeru, apabila perdana menteri baharu mengangkat sumpah dan kerajaan baharu ditubuhkan selepas itu, rakyat perlu memberi penghormatan sepenuhnya kepada keputusan dan tindakan diambil dalam sistem demokrasi, katanya.

Sementara itu, pensyarah kanan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak, Dr. Nadrawina Isnin berkata beliau yakin pada usia 92 tahun, Mahathir lebih bersedia untuk berkhidmat serta sudah mempunyai perancangan untuk negara ini.

“Memang beliau sudah berusia tetapi apabila rakyat Malaysia memutuskan untuk memilih PH…itu jelas tanda sokongan penuh kepada pakatan itu termasuk pengundi generasi muda,” katanya.

Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dihadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di Istana Negara, di sini, malam inii.

Pada PRU14 semalam, PH memenangi 135 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu. – BERNAMA

Tags: Tun Dr Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

Bangsa Melayu Bakal Hilang 10 Tahun Lagi – Tun M

20/01/2024
0

PUTRAJAYA - Bangsa Melayu berisiko untuk hilang dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya tidak bersatu padu dari sekarang. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd