• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Terima Kasih Atas Doa, Takziah” – Stacy

oleh Haris
10/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI, Stacy Anam mengucapkan terima kasihnya kepada semua pihak yang telah menyampaikan takziah dan doa selepas pemergian ibu suaminya, Akim Ahmad, Ahad lalu.

Selain itu, Stacy juga menghargai sokongan dan dorongan yang telah diberikan peminat kepada Akim dalam melalui detik sukar itu.

Stacy turut mengakui bahawa dia telah memberi ruang kepada suaminya itu untuk meluangkan bersama keluarga tercinta dan juga sentiasa memberikan sokongan moral kepada Akim.

“Saya faham perasaan Akim yang masih bersedih dengan pemergian ibunya. Sebagai isteri, tiada apa yang dapat saya beri melainkan sokongan.

“Ketika ini, Akim berada di Johor untuk bersama keluarganya. Saya pula di sini bagi menguruskan anak-akan yang bersekolah.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang tidak henti-henti mengirimkan doa buat arwah ibu. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan yang beriman… Amin,” katanya memetik BH Online.

Hujung minggu lalu, penyanyi kumpulan Akim And The Majistret itu membuat perkongsian di laman Instagram menberitahu umum bahawa ibunya, Aminah Bahari telah meninggal dunia.

Dalam pada itu, mengulas mengenai karier seninya, Stacy berkata dia bakal tampil dengan single berjudul raja hasil ciptaan dua komposer terkenal, Ezra Kong dan Hael Husaini, esok.

“Sudah lama lagu ini diusulkan pihak pengurusan. Saya bersetuju tanpa berfikir panjang.

“Lagu ini mengisahkan individu yang bertakhta dalam hati dan sentiasa didahulukan dalam segala hal. Bagi saya, semestinya individu terbabit adalah suami sendiri,” ujarnya.

Tambah Stacy, dia berharap lagu tersebut akan dapat menambat hati pendengar muzik tempatan serta peminatnya.

Sementara itu, Stacy turut mendedahkan bahawa proses penerbitan dan penggambaran video muzik lagu Raja bakal bermula tidak lama lagi sebelum bulan Ramadan. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Akim Ahmadlagu baharuStacy
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakaian Seakan Berbogel, Stacy Jawab Kritikan Netizen

23/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Dikritik menggayakan pakaian seakan berbogel, penyanyi Stacy menjawab kritikan netizen yang tidak berpuas hati dengan penampilannya pada...

Saya Bukan Klon Stacy – Elica

17/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Hampir setahun menyepikan diri, kemunculan semula juara Mentor Milenia 2017, Angelica Paujin atau Elica mencetuskan kontroversi apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd