• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Peralihan Kuasa Perlu Disegerakan – PDRM

oleh Ahmad Albab
10/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa keselamatan seluruh negara terkawal ketika proses peralihan kuasa sedang berjalan sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, proses peralihan kuasa ini perlu disegerakan serta tidak boleh dilengahkan bagi mengelakkan timbul spekulasi yang tidak sihat.

Beliau berkata proses peralihan kuasa ini akan dilaksanakan mengikut lunas undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, beliau telah mengadakan perbincangan khusus dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor selama sejam, petang tadi.

”Kami akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhamamad V dalam masa terdekat untuk menyembah beberapa ketetapan berhubung peralihan kuasa kerajaan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini.

Mohamad Fuzi berkata proses peralihan kerajaan baharu yang dipilih rakyat perlu berjalan dengan lancar dan tersusun.

Ditanya mengenai kekecohan di Putrajaya, semalam, katanya, tiada kejadian serius berlaku kecuali satu insiden melepaskan mercun pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata insiden yang berlaku sekitar 2 hingga 3 pagi itu bukanlah secara besar-besaran.

“Terdapat orang ramai yang berkumpul di Putrajaya membawa mercun seolah-olah meraikan (satu) perayaan. Ketua Polis Kuala Lumpur telah mengambil tindakan dengan menyuraikan insiden berkenaan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Katanya, polis dapat menyuraikan perhimpunan itu dalam keadaan baik dan aman.

Sementara itu, ditanya sama ada PDRM ada menerima laporan polis berhubung kesilapan proses pengundian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam, Mohamad Fuzi berkata pihaknya ada menerima laporan berkenaan tetapi bukan dalam skala yang besar.

“Laporan memang ada tetapi saya tidak dapat memperincikannya kerana terdapat dakwaan yang dibuat pemilih-pemilih berkenaan di seluruh negara bahawa pihak tertentu telah mengundi untuk mereka. Oleh yang demikian, PDRM sedang menyiasat kes berkenaan yang disiasat di bawah Akta Pilihan Raya,” katanya.

Mengenai kekecohan kecil berhubung PRU14 di Skudai, Johor semalam, beliau berkata polis telah menahan empat individu dan berjaya menyuraikan kekecohan itu dengan aman serta terkawal.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai persediaan PDRM untuk berkhidmat dengan kerajaan baharu, Mohamad Fuzi menegaskan bahawa pihaknya amat profesional dalam melaksanakan tanggungjawab khususnya melibatkan penguatkuasaan undang-undang.

“PDRM akur dengan kerajaan yang memerintah dan akan memperkasakan penguatkuasaan undang-undang seperti biasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Fuzi Harun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syarikat Judi Taja Lawatan Kerja KPN Ke Turki

13/02/2019
0

PUTRAJAYA - Syarikat perjudian, Da Ma Cai yang menaja rombongan lawatan kerja diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi...

Abu Bakar Bashir Akan Dipantau Rapi – KPN

29/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Ulama radikal Indonesia, Abu Bakar Bashir akan dipantau rapi Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman jika beliau dibebaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd