• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: BN Kedah Hormati Keputusan Rakyat

oleh Ahmad Albab
10/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Barisan Nasional (BN) Kedah menghormati keputusan rakyat negeri ini yang menolak parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14, semalam.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pihaknya tanpa berbelah bahagi sentiasa menjunjung sistem demokrasi dan perlembagaan negara seperti yang telah diputuskan dalam pilihan raya umum itu.

“Bagi kami, sistem demokrasi dan perlembagaan negara ini perlu terus dijunjung bagi memastikan keharmonian dan kemakmuran tanah air terus terjaga,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Ahmad Bashah yang juga bekas Menteri Besar Kedah berkata BN dalam tempoh sepenggal memerintah selepas mengambil alih daripada PAS pada PRU13 lalu telah menjalankan amanah dengan sepenuh hati bagi memastikan kebajikan rakyat, kemajuan negeri dan kesejahteraan negeri dipelihara.

“Semoga negeri Kedah dan Malaysia tercinta terus maju serta terpelihara kedaulatannya,” kata beliau.

Pada PRU14, Pakatan Harapan yang diketuai bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir telah menguasai 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ini.

Barisan Nasional (BN) pula hanya memenangi tiga kerusi dengan PAS memperoleh 15 kerusi.

Pembentukan kerajaan negeri yang baharu bagaimanapun masih belum dapat dilaksanakan berikutan majoriti mudah bagi negeri Kedah adalah 19 kerusi DUN.

Ahmad Bashah gagal mempertahankan kerusi Suka Menanti yang diwakilinya selama enam penggal apabila hanya memperoleh 7,050 undi dalam pertembungan tiga penjuru.

Beliau tewas kepada Zamri Yusuf (PKR) dengan majoriti 6,251 undi selepas mendapat 13,301 undi.

Zamri turut mengalahkan calon PAS Mohd Sabri Omar yang memperoleh 4,580 undi. – BERNAMA

Tags: BN KedahDatuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Willie PKR Pelawa BN, Star Kerjasama Dengannya

Next Post

Berang SPR, Netizen Tegur Tindakan Anak Datuk K

Related Posts

Pengerusi BN Kedah Mengundi Di SK Naka

Pengerusi BN Kedah Mengundi Di SK Naka

12/08/2023
0

PADANG TERAP: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Naka, di sini, jam...

Ahmad Bashah Gagal Pertahan DUN Suka Menanti

10/05/2018
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka...

Next Post

Berang SPR, Netizen Tegur Tindakan Anak Datuk K

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd