• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokongan Pengundi Muda Faktor PAS Kekal Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
10/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Sokongan pengundi muda serta kesedaran tinggi di kalangan pengundi luar merupakan antara faktor kemenangan besar PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semalam.

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya mengekalkan penguasaannya di negeri ini selepas menang 37 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya ucapkan setinggi penghargaan kepada rakyat Kelantan yang telah memilih PAS, kami sekali lagi diberi amanah untuk mentadbir dengan dasar membangun bersama Islam.

“Terima kasih kepada anak Kelantan di perantauan yang balik memberi undi kepada PAS serta semua jentera yang telah bekerja keras,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan di Istana Kota Lama di sini bagi penggal kedua setelah PAS terus diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini dalam PRU14.

Beliau berkata pihaknya sedang menunggu tarikh terbaik daripada Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra bagi melantik Timbalan Menteri Besar serta anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Dalam pada itu, Ahmad berkata pihaknya telah menjangkakan Pakatan Harapan (PH) tidak akan memenangi sebarang kerusi Parlimen atau DUN di negeri ini.

“Pendekatan PH kurang sesuai di negeri ini berbanding di Pantai Barat,” katanya.

Pada PRU14 itu, PAS yang telah mentadbir Kelantan selama 28 tahun, mengekalkan penguasaan mereka di negeri ini selepas menang 37 daripada 45 kerusi DUN manakala Barisan Nasional (BN) mendapat lapan kerusi DUN. – BERNAMA

Tags: PAS Kelantanpengundi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Kesal Dengan UMNO, ‘ADUN Seri Kembangan Sampaikan Pandangan Pengundi’

Lim Guan Eng Kesal Dengan UMNO, ‘ADUN Seri Kembangan Sampaikan Pandangan Pengundi’

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki tidak...

PRK Mahkota: Zahid Akui Undi 50 Peratus Pengundi Luar Cabaran Buat BN

PRK Mahkota: Zahid Akui Undi 50 Peratus Pengundi Luar Cabaran Buat BN

14/09/2024
0

KLUANG - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui undi melibatkan kira-kira 50 peratus pengundi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd