• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjelasan OLD TOWN White Coffee Mengenai Isu ‘Toufu Pork’

oleh AK-47
02/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, kecoh di laman sosial mengenai aduan pelanggan yang mendakwa adanya hidangan tidak halal iaitu babi dalam menu restoran kopitiam OLDTOWN White Coffee.

Ia susulan perkataan ‘toufu pork’ dalam resit pembayaran yang diterima oleh pelanggan tersebut sekaligus menimbulkan kebimbangan mengenai status sijil halal yang dikeluarkan JAKIM kepada restoran tersebut.

(BACA: Heboh.. Resit Kopitiam Terkenal Didakwa Bukti Hidang Babi!)

oldtown 1

Justeru, pihak OLDTOWN White Coffee telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi menerusi akaun Facebook mereka untuk menjelaskan situasi sebenar.

Menurut mereka, restoran tersebut tidak menghidangkan menu babi, sebaliknya ia merupakan satu kesilapan kerana menu tersebut sepatutnya dieja ‘Tau Fu Pok’, sejenis taufu goreng yang berasaskan soya.

Kenyataan itu turut menyebut, sijil halal yang mereka terima telah melalui proses yang sangat ketat dan untuk mengekalkannya, segala bahan, pembekal dan kebersihan perlu selari dengan syarat yang ditetapkan oleh JAKIM.

Pada masa yang sama, pihak restoran juga sedang berusaha untuk menghubungi pelanggan asal yang memuatnaik gambar resit tersebut bagi mengesan cawangan restoran yang melakukan kesilapan itu.

Berikut merupakan kenyataan penuh daripada pihak OLDTOWN White Coffee:

penjelasan

 

Diharapkan dengan penjelasan tersebut, pelanggan setia restoran kopitiam ini sudah boleh menarik nafas lega.

Kalau masih was-was, terpulanglah kerana pilihan sentiasa di tangan anda, betul tak?

Oleh: ELZA

Tags: babiOldtownrestoranstatus halal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin Lahirkan Anak Kembar Lelaki 

Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin Lahirkan Anak Kembar Lelaki 

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan sepasang bayi...

Jangan Ternak Babi Di Dalam Negeri Selangor-  Titah Sultan

Jangan Ternak Babi Di Dalam Negeri Selangor- Titah Sultan

10/02/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM 10 FEB. – Sultan Selangor menegaskan bahawa Baginda tidak berkenan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd