• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Nafi Ada Kertas Undi Konon Tidak Dicop

oleh Ahmad Albab
09/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Hasil semakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati isu kertas undi tidak dicop yang berlaku di sebuah pusat mengundi tidak benar, sebagaimana yang tular di media sosial, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Menurut beliau, sekiranya ada berlaku kesilapan ia adalah kes terpencil dan pengundi tidak perlu bimbang jika kertas undi berkenaan dikeluarkan secara sah.

“Jika Ketua Tempat Mengundi (KTM) berpuas hati bahawa kertas undi dikeluarkan secara sah dan ia hanya kesilapan petugas dalam salurannya, maka KTM berkenaan tidak boleh menolak mana-mana kertas undi apabila ia dikeluarkan secara sah,” katanya pada sidang media Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Menara SPR di sini hari ini.

Beliau lalu menasihatkan pengundi tidak terpedaya dengan mesej tular yang kononnya SPR melakukan penipuan kerana proses itu disaksikan semua pihak berkepentingan termasuk ejen calon.

Mohd Hashim percaya mesej tular berkenaan hanya bertujuan untuk menimbulkan situasi panik dan curiga di kalangan pengundi terhadap SPR.

Pada sidang media yang sama, Pengerusi SPR turut meminta orang ramai membuat laporan polis sekiranya terdapat sebarang aduan mengenai kertas undi, bagi membolehkan SPR menjalankan siasatan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan wartawan mengenai rungutan pengundi terdapat titik hitam pada kertas undi.

“Apa yang penting bagi SPR ialah mengenal pasti pengundi nak pangkah siapa. Bagaimanapun, SPR akan menyiasat isu itu berlaku di sekolah dan pusat pengundian mana,” katanya.

Mengulas rakaman video seorang remaja ditangkap kerana mengedar kertas undi palsu di luar sebuah pusat mengundi di Port Dickson, Negeri Sembilan, beliau berkata jika perkara itu benar, laporan polis boleh dibuat.

Berbaki beberapa jam lagi tempoh pengundian ditutup, Mohd Hashim menjangkakan serangan mesej tular palsu dan tidak bertanggungjawab akan terus disebarkan.

“SPR berharap orang ramai khususnya pengundi tidak terpengaruh dan terpedaya dengan mesej yang cuba menimbulkan suasana panik,” katanya.

Sebanyak 8,253 pusat mengundi dibuka serentak di seluruh negara bermula 8 pagi hingga 5 petang, dengan 28,115 tempat mengundi atau saluran termasuk di bangunan sekolah, dewan serbaguna dan balai raya.

Seramai 14,449,200 orang daripada jumlah keseluruhan 14,940,624 berkelayakan sebagai pengundi biasa mengundi hari ini manakala selebihnya ialah pengundi pos dan pengundi awal. – BERNAMA

Tags: PRU14SPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd