• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rentak Pengundian Perlahan, 62% Keluar Mengundi

oleh Ahmad Albab
09/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemilih masih keluar mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namun rentak pengundian di kebanyakan kawasan agak perlahan setakat 3 petang.

Ini berikutan rata-rata pengundi telah menjalankan tanggungjawab pada sebelah pagi sebaik sahaja pusat mengundi dibuka pada 8 pagi.

Sehingga pukul 2 petang, 62 peratus pemilih berdaftar telah keluar mengundi.

Selain dua pusat pengundian di Kuching, Sarawak telah ditutup awal disebabkan urusan mengundi sudah selesai, 20 daripada 522 pusat mengundi di Pahang juga telah ditutup.

Sebahagian peti undi dari beberapa pusat mengundi di Parlimen Puncak Borneo sudah tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Siburan, Jalan Kuching-Serian, dekat Kuching.

Antara yang hadir mengundi ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Sekolah Menengah Chung Hwa Confucian di Pulau Pinang, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob di SMK Bentong dan bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di Sekolah Kebangsaan (SK) Jati, Ipoh, Perak.

Seorang bekas kakitangan swasta, Halilah Harun, 55, yang juga orang kelainan upaya (OKU) turut melaksanakan hak sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Setiawangsa di ibu negara.

Beliau yang ditemani suami dan anak mengharapkan yang terbaik untuk pemimpin akan datang selari dengan pimpinan sebelum ini.

Tidak ketinggalan berbuat demikian di SK Telok Jamat dekat Pokok Sena, Kedah ialah Hashimah Hussin@ Hashim, 53, yang kudung kedua-dua kaki akibat diabetis.

Dalam sidang media, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengingatkan pengundi agar tidak terpengaruh dengan mesej yang cuba menimbulkan suasana panik.

Beliau turut berkata isu kertas undi tidak dicop di sebuah pusat undi adalah tidak benar selain akan menyiasat aduan undi pos tidak sampai atau lewat diterima. – BERNAMA

Tags: mengundiPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Ayer Kuning: Lebih 50 Peratus Keluar Mengundi Setakat Jam 3 Petang

PRK Ayer Kuning: Lebih 50 Peratus Keluar Mengundi Setakat Jam 3 Petang

26/04/2025
1

Tapah: Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah berjalan lancar dengan peratusan keluar mengundi...

Sarat Mengandung Tak Jadi Halangan Keluar Mengundi

Sarat Mengandung Tak Jadi Halangan Keluar Mengundi

17/08/2024
0

Meskipun usia kandungan mencecah lapan bulan, ia tidak menghalang Che Nurul Amira Che Mat, 35, menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi DUN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd