• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Panggilan ‘Spam’ Mungkin Angkara RBA

oleh AK-47
09/05/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERANGAN panggilan ‘spam’ ke atas telefon bimbit beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dipercayai dilakukan oleh Red Bean Army (RBA) yang cuba ganggu komunikasi semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 berlangsung.

Menurut penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Datuk Dr. Ismail Sualman, beliau berpendapat serangan teknikal itu dilakukan bagi melumpuhkan komunikasi antara pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan jentera parti tersebut.

“Ini usaha pihak tidak bertanggungjawab yang akan melakukan apa sahaja cara untuk mengganggu calon di saat akhir.

“Ketika ini kempen di alam maya masih lagi berlangsung antara penyokong parti dan oleh sebab itu, ada pihak sanggup menggunakan pelbagai cara untuk melakukan serangan ke atas pihak lawan seperti gangguan panggilan telefon ini,” katanya kepada pihak media, hari ini.

Hari ini, telefon bimbit Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak telah menerima panggilan dari luar negara secara bertalu-talu yang tidak diketahui asal-usulnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: panggilan spam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SKMM Ambil Tindakan Berhubung Panggilan Spam

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta penyedia perkhidmatan sedang menjalankan siasatan berhubung panggilan spam yang diterima...

PM Arah Tindakan Segera Terhadap Panggilan Spam

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mengarahkan pihak berkaitan mengambil tindakan segera terhadap insiden panggilan spam daripada nombor antarabangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd