• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

24 Peratus Keluar Mengundi Setakat 10 Pagi

oleh Ahmad Albab
09/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Peratusan keluar mengundi pada sebelah pagi sangat baik dengan 24 peratus daripada keseluruhan 14,449,200 pemilih berdaftar bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah menunaikan tanggungjawab masing-masing setakat 10 pagi ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata berdasarkan laporan awal yang diterimanya, proses pengundian di seluruh negara turut berjalan lancar dan berharap sasaran 85 peratus keluar mengundi dapat dicapai.

“Jika diperhatikan sejak pukul 8 pagi kehadiran di pusat mengundi memang ramai dan saya jangkakan tengah hari ini keadaan (akan) jadi reda sedikit.

“Dijangka dalam pukul 2 atau 3 petang sehingga 5 petang kehadiran akan bertambah semula. Ini trend sejak dahulu lagi,” katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1), di sini hari ini.

Beliau juga menasihatkan pengundi supaya keluar awal kerana bimbang dengan cuaca pada sebelah petang yang diramalkan hujan di beberapa negeri.

Ditanya mengenai isu pengundi memakai seluar pendek tidak dibenarkan masuk ke pusat mengundi yang tular di media sosial, Mohd Hashim berkata jika insiden tersebut benar-benar terjadi, individu terbabit boleh membuat laporan kepada pihak polis atau mengemukakan petisyen mahkamah.

“SPR tidak boleh menerima aduan secara cakap-cakap begini. Saya perhatikan di media sosial banyak isu ditularkan tetapi tidak banyak yang dikemukakan kepada polis,” katanya.

Mohd Hashim berkata SPR tidak pernah menetapkan sebarang kod etika berpakaian ketika mengundi dan memadai sekadar pengundi berpakaian sopan.

Mengulas isu pengundi meletakkan kertas undi dalam peti undi yang salah, beliau berkata pengundi tidak perlu bimbang kerana undi mereka akan tetap dikira ketika sesi pengiraan selepas pengundian ditutup pukul 5 petang nanti.

“Ini bukan undi rosak, ketika perkiraan nanti, ejen (calon dan parti) ada dan dia akan lihat kertas undi mana untuk kerusi Parlimen dan mana untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Menurut laporan media, pengundi di Balai Mesyuarat Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan meletakkan kertas undi untuk Parlimen ke dalam peti undi untuk DUN dan begitu juga sebaliknya. – BERNAMA

Tags: PRU14SPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd