• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Sedia 401 Pusat Mengundi Seluruh Terengganu

oleh AK-47
09/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu menyediakan 401 pusat mengundi yang mempunyai 1,433 saluran di seluruh negeri itu pada hari pengundian esok.

Pengarah SPR Terengganu, Nik Andy Suwardy Amry berkata 736,632 pemilih berdaftar di negeri itu layak untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini.

“Tujuh pusat mengundi akan ditutup pada 3 petang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian, SK Pulau Redang, SK Kuala Jenderis, SK Tepus, SK Kampung Shukor, SK Jongok Batu dan SK Sungai Pergam manakala pusat mengundi yang lain akan dibuka sehingga 5 petang.

“Bagi pengundi di tujuh pusat mengundi itu, mereka dinasihatkan keluar mengundi pada awal waktu. Begitu juga pengundi lain digalakkan keluar mengundi secara berperingkat mengikut kesesuaian masa mereka dalam tempoh ditetapkan agar tidak berlaku kesesakan di pusat mengundi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

SPR turut mewujudkan dua pusat mengundi bagi satu Daerah Mengundi (DM) di Terengganu iaitu DM Petai Bubus di Kuala Nerus untuk pusat mengundi Kompleks Usahawan Terengganu dan SK Kampung Tengah; DM Bukit Tunggal, Kuala Nerus (Balai Raya & Futsal Seberang Baruh dan SK Bukit Tunggal); DM Tasik di Marang (Balairaya Wakaf Dua dan SK Tasek).

Selain itu, tiga lagi DM di Kemaman iaitu DM Bukit Kuang (SK Bukit Kuang dan SMK Bukit Kuang); DM Binjai (SK Binjai dan SMK Binjai) dan DM Felda Neram 1 (SK Felda Neram Satu dan SK Kg Baharu Felda Neram 1).

Nik Andy juga menasihatkan pengundi untuk membuat semakan maklumat pengundian masing-masing seperti nama pusat mengundi dan saluran mengundi (dalam buku Daftar Pemilih) melalui aplikasi MySPR Semak menerusi laman pengundi.spr.gov.my.

“Semakan juga boleh dibuat melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK nombor kad pengenalan dan hantar kepada 15888 atau telefon ke talian 03-88927018 atau semak di barung SPR di setiap pusat mengundi pada hari esok,” katanya.

Beliau berkata antara dokumen pengenalan diri yang boleh digunakan pada hari mengundi ialah kad pengenalan, pasport, lesen memandu, resit kehilangan kad pengenalan yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN KPPK11) atau resit pengenalan sementara KPPK09.

“Pengundi dan ejen tempat mengundi serta pengira undi yang bertugas esok juga diingatkan supaya tidak memakai pakaian menunjukkan lambang parti, gambar dan nama calon merujuk kepada parti politik tertentu,” katanya.

Nik Andy berkata semua pihak perlu mematuhi undang-undang, tataetika dan arahan oleh SPR dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan perjalanan proses pengundian PRU14 di negeri ini, berjalan lancar. – BERNAMA

Tags: Nik Andy Suwardy AmrySPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd