SEEKOR kura-kura berumur 186 tahun berada di Saint Helena yang terletak di selatan Lautan Atlantik, tidak dibenarkan untuk menjalani pembedahan untuk pembuangan katarak mata.
Keputusan tersebut diputuskan oleh sekumpulan doktor veterinar atas sebab berlaku risiko ke atas kura-kura gergasi yang tertua di dunia itu jika pembedahan tersebut diteruskan, lapor akhbar tempatan.

Seorang jurucakap dari Wimbledon dikenali sebagai Lord Ahmad berkata, kura-kura yang dinamakan Jonathan telah dijaga rapi doktor veterinar dan keadaannya kelihatan baik waima mengalami masalah katarak dan hilang deria bau.
“Selepas perbincangan, ahli veterinar memutuskan prosedur membuang katarak pada Johanthan sangat berisiko,” katanya.
Terdahulu, Jonathan ditemui pada tahun 1882 ketika berumur kira-kira 50 tahun di Pulau Seychelles dekat bahagian Afrika Timur.
Kematian sekor kura-kura, Harriet yang berasal dari Australia pada tahun 2005 dengan mencecah umur 175 sekali gus Jonathan diiktiraf sebagai haiwan darat tertua di dunia. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

