• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hefny Enggan Masuk Campur Urusan Peribadi Uqasha

oleh
08/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGACARA, Hefny Sahad mengakui enggan campur tangan berhubung penahanan Uqasha Senrose yang disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya pada Ahad lepas.

Hefny atau nama sebenarnya, Mohamed Hefny Sahad berkata dia sama sekali enggan mencampuri urusan peribadi pelakon wanita berusia 26 tahun itu kerana tidak mahu disalah anggap oleh masyarakat luar.

Malah, pengacara berusia 31 tahun itu memberitahu dia dan pelakon wanita tersebut sebenarnya sudah lama membawa haluan masing-masing sejak awal tahun.

“Saya dan Uqasha sudah bawa haluan masing-masing sejak awal tahun ini. Jadi, saya tidak tahu menahu mengenai kes membabitkan dirinya,” katanya dipetik Harian Metro.

Dalam pada itu, Hefny menyeru orang ramai yang tidak tahu cerita sebenar supaya tidak membuat spekulasi mengenai kejadian berkenaan.

“Saya dapat tahu perkara ini semalam selepas dihujani pertanyaan menerusi WhatsApp, komen dan direct message (DM) di laman Instagram.

“Sejujurnya, saya pun terkejut. Memandangkan kami sudah tidak berkomunikasi sejak putus tempoh hari, jadi memang tidak ambil tahu langsung.

“Mengenai apa terjadi terhadap dirinya, saya tidak mahu komen apa-apa. Sebab saya memang tidak tahu menahu. Cuma, apa boleh dikatakan, bagi yang tidak tahu menahu lebih baik diam,” ujarnya.

Sementara itu ditanya mengenai hubungan yang berakhir dengan Uqasha, dia anggap antara mereka sudah tiada jodoh dan menjelaskan perkara berkenaan tiada kaitan dengan kehadiran orang ketiga.

Meskipun begitu, Hefny memberitahu bawaha dia tidak pernah bermusuh dengan Uqasha atau keluarga bekas kekasihnya itu.

“Hubungan kami berlangsung lebih kurang setahun. Kami putus bukan sebab orang ketiga. Biarlah ia menjadi rahsia peribadi saya. Meskipun pernah merancang untuk ke fasa lebih serius tetapi ini aturan dan ketentuan Allah. Jodoh itu rahsia Allah,” jelas Hefny.

Sekadar imbas kembali, Uqasha ditahan pihak polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya pada Ahad lepas.

Sumber berkata, dadah itu ditemui apabila pelakon jelita berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail, di ibu negara selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, pukul 11.45 pagi.

Baca: Uqasha Senrose Ditahan Disyaki Miliki Dadah

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim ketika dihubungi media mengesahkan penahanan seorang pelakon wanita.

Menurut Mazlan, ujian air kencing yang dijalankan terhadap artis wanita itu mendapati ia negatif dadah dan artis tersebut kemudian dibebaskan dari tahanan dengan jaminan pihak polis. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Hefny Sahaduqasha senrose
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada...

Kamal Adli, Uqasha Senrose Rasmi Bergelar Suami Isteri 5 November Lalu

07/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan menyimpan rahsia, akhirnya, pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengumumkan mereka sudah bergelar suami isteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd