• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon Bebas DUN Bugaya Umum Sertai BN

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CALON Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Abdul Muksin Mohamad Hasan mengumumkan menyertai Barisan Nasional (BN) sekali gus menarik diri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Abdul Muksin berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan rakan seperjuangan serta ahli keluarga terdekat.

Calon Bebas yang menggunakan logo jentolak itu berkata, dia percaya hanya kerajaan BN mampu memerintah dan membawa pembangunan terutama di daerah Semporna.

“Hari ini saya bersama kira-kira 200 penyokong memilih menyertai BN demi kemajuan DUN Bugaya dan Semporna khasnya,” katanya pada Majlis Bersama Rakyat di Kampung Indani, Semporna, hari ini.

Turut hadir ialah calon BN DUN Bugaya, Datuk Razak Sakaran.

Sementara itu, pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Semporna, Dr. Chacho Bulah ketika dihubungi berkata, Abdul Muksin masih kekal bertanding sebagai calon Bebas pada hari pengundian esok.

Katanya, penarikan diri tidak boleh dibuat selepas hari penamaan calon dan nama calon berkenaan tetap ada pada kertas undi.

“Untuk hari mengundi esok, nama calon Bebas masih ada dan semua undi yang diberikan kepadanya akan dikira.

“Jika gagal mendapat had undi ditetapkan, dia akan kehilangan deposit mengikut peraturan pilihan raya,” katanya.

DUN Bugaya menyaksikan saingan enam penjuru pada PRU-14 ini. – myMetro Online

Tags: Calon PRU14Semporna
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

900 Hilang Tempat Tinggal Dalam Kebakaran Di Semporna

21/04/2022
0

SEMPORNA - Dianggarkan kira-kira 900 penduduk hilang tempat tinggal dalam kebakaran melibatkan kira-kira 100 pintu rumah kongsi di Penempatan Sementara...

Remaja Maut Kepala Tersangkut Enjin Bot

05/03/2022
0

SEMPORNA: Seorang remaja lelaki maut selepas kepalanya putus akibat tersangkut pada enjin bot ketika sedang menghidupkannya di Kampung Panji di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd