• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Airports Kerjasama Pelepasan Jemaah Haji

oleh Ahmad Albab
08/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports sedia memberi sepenuh kerjasama dan sokongan dalam pelaksanaan sistem prapelepasan jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang diumumkan Jabatan Imigresen Malaysia semalam.

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Badlisham Ghazali berkata inisiatif itu merupakan langkah proaktif bagi pengurusan yang akan memanfaatkan 36,480 jemaah haji tahun ini, terutama bagi jemaah kali pertama.

“Kami amat menyambut baik pelaksanaan sistem pengurusan yang sistematik dan pantas ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengakui musim haji merupakan antara musim tersibuk di lapangan terbang, beliau berkata pengurusan penumpang juga perlu diutamakan selain pengurusan kemudahan di lapangan terbang.

“Sebagai pengendali lapangan terbang, kami turut berasa gembira kerana Malaysia terpilih sebagai negara pertama dunia yang akan menggunakan sistem itu,” katanya.

Inisiatif itu membolehkan KLIA dilihat sebagai hab serantau yang memberi pengalaman baharu yang memudahkan urusan, selesa dan menjimatkan masa terutama kepada jemaah haji yang berumur, katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata melalui inisiatif itu, pengambilan cap jari serta semakan data jemaah haji Malaysia akan dilaksanakan di KLIA dan data berkenaan akan disalurkan ke pangkalan sistem haji Arab Saudi.

Malaysia adalah negara pertama di dunia terpilih sebagai perintis program ini dan perbincangan mengenai inisiatif itu dipengerusikan oleh Mustafar dan Jawatankuasa Agung Haji Arab Saudi, Mejar Jeneral Mubarak Almuwina di Putrajaya. – BERNAMA

Tags: jemaah haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd