• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelab Astronautik Sasar Tarik 100,000 Keahlian Pelajar

oleh Ahmad Albab
31/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kelab Astronautik Malaysia, yang dilancarkan hari ini menyasarkan 100,000 keahlian dalam kalangan pelajar sekolah rendah bagi menarik minat mereka mendalami bidang sains pada usia muda.

Presiden Persatuan Astronautik Malaysia (AAM) Kapten Mohammed Faiz Kamaludin berkata kelab itu turut dicadangkan untuk aktiviti kokurikulum di sekolah, sebagai tambahan untuk pengajaran mengenai sains dan teknologi aeroangkasa.

“Kami mahu menjadikan pembelajaran sains sebagai subjek menyeronokkan kerana bagi kanak-kanak ini, sains merupakan subjek yang susah.

“Jadi kami mengambil pendekatan dengan mengajar mereka mengenai sains dan teknologi aeroangkasa dalam modul kokurikulum selain daripada pelajaran sedia ada yang diajar di kelas,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran kelab itu di Planetarium Negara, di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Dr Noordin Ahmad.

Bagi penyertaan hari ini sahaja, sebanyak 100 pelajar dari Asia Pacific Smart School, Subang telah mendaftar sebagai ahli kelab.

Sementara itu, Pembantu Penolong Pengarah, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Alias Yoop yang turut hadir pada majlis itu berkata, kementerian menyokong penuh mana-mana program yang melibatkan pembelajaran pelajar di sekokah.

“Kami menyokong sepenuhnya usaha yang dijalankan oleh persatuan Astronautik ini. Bagaimanapun untuk prosedur kemasukan ke sekolah kerajaan, ia perlu mendapat kebenaran kementerian.

“Bagaimanapun, kementerian amat mengalu-alukan penubuhan kelab yang berlandaskan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM),” katanya.

Persatuan AAM yang ditubuhkan pada 2009 dianggotai 59 calon yang menyertai program angkasawan negara pada 2006-2007 dan penaung persatuan itu ialah angkasawan pertama negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

Mengenai kelab astronautik itu, Mohammed Faiz berkata, persatuan ini mendapat kerjasama daripada Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Mohammed Faiz berkata tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pelajar yang menjadi ahli kelab dan pihaknya akan mencari penaja bagi menampung kos program yang dijalankan. – BERNAMA

Tags: pelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd