• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Luahan Sayu Akim Untuk Ibu Bikin Netizen Sebak

oleh
08/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SALAM takziah kami di Mynewshub ucapkan buat penyanyi, Akim Ahmad di atas pemergian ibunya iaitu Aminah Bahari yang telah kembali menghadap Ilahi pada Sabtu lalu.

Ternyata, kehilangan wanita paling disayangi itu memberi duka berpanjangan selain turut merubah rutin harian suami kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7), Stacy itu.

Mengakui masih berduka dengan kehilangan ibu tercinta, Akim meluahkan rasa hatinya menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram pada Isnin.

Memetik entri berkenaan, Akim memuat naik gambar bersama arwah ibunya serta sebuah catatan yang meruntun hati ramai.

“Di suatu hari kita pasti akan bertentangan, di suatu hari kita pasti akan berpimpin tangan, di suatu hari kita pasti akan berpelukan, di suatu hari kita pasti akan bercumbuan, di suatu kita akan tersenyum dan bergelak tawa bersama.

“Yakin abang satu hari nanti kita akan bersama. Satu hari nanti akan tiba, tidak sabar rasa menunggu masanya,” tulis Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad.

Disuatu hari kita pasti akan bertentangan, disuatu hari kita pasti akan berpimpin tangan, disuatu hari kita pasti akan berpelukan, disuatu hari kita pasti akan bercumbuan, disuatu kita akan tersenyum dan bergelak tawa bersama. Yakin abang satu hari nanti kita akan bersama. Satu hari nanti akan tiba, tak sabar rasa menunggu masanya.

A post shared by Akim Ahmad (@akimahmad) on May 6, 2018 at 8:11pm PDT

Catatan Akim itu ternyata telah mengundang rasa sebak dan hiba dalam kalangan netizen yang mana rata-rata meminta penyanyi itu terus kuat dan tabah selain mengucapkan takziah atas kehilangan tersebut.

Malah, ada juga dalam kalangan mereka berkongsi kisah pemergian orang tersayang yang telah dijemput menghadap Sang Pencipta serta sempat menitipkan kata-kata semangat buat penyanyi itu.

Terdahulu, vokalis kumpulan Akim & The Majistret itu pernah meminta pengikut dan peminat supaya mendoakan kesihatan ibunya, tanpa menjelaskan penyakit dihadapi wanita terbabit. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Akim AhmadStacy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakaian Seakan Berbogel, Stacy Jawab Kritikan Netizen

23/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Dikritik menggayakan pakaian seakan berbogel, penyanyi Stacy menjawab kritikan netizen yang tidak berpuas hati dengan penampilannya pada...

Saya Bukan Klon Stacy – Elica

17/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Hampir setahun menyepikan diri, kemunculan semula juara Mentor Milenia 2017, Angelica Paujin atau Elica mencetuskan kontroversi apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd