• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Rujuk Adat Perpatih Meninggal Sakit Jantung

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Pakar rujuk Adat Perpatih, Abdul Khalid Bonget, 78, meninggal dunia di rumahnya di Taman Anggerik, Batu Kikir dekat sini, pagi tadi.

Pemangku Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS), Aziz Mohd Gorip berkata Abdul Khalid yang juga Tiang Balai Penghulu Luak Ulu Muar dan Datuk Lembaga daripada Suku Mungkal Luak Ulu Muar meninggal dunia pada kira-kira pukul 9.15 pagi akibat komplikasi jantung yang dihadapinya sejak setahun lepas.

Allahyarham yang merupakan pesara guru, meninggalkan seorang isteri Siti Rokiah Mohd Yaasin, 77, dan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Katanya jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Kariah Desa Anggerik untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang Tinggi selepas solat asar petang ini.

Aziz berkata Allahyarham adalah penerima Anugerah Tokoh Budaya Negeri Sembilan 2012 dan Tokoh Penulis Negeri Sembilan 2013 serta menjadi pakar rujuk dalam Adat Perpatih.

“Semasa hayatnya, Abdul Khalid cukup terkenal di Negeri Sembilan kerana sering diundang menyampaikan ceramah serta menjadi pakar rujuk penyelidik adat dan budaya Melayu dari institusi pengajian tinggi di negara ini mengenai Adat Perpatih. Pemergian Allahyarham satu kehilangan besar dan sukar dicari ganti. Pihak LMNS menghargai sumbangan dan khidmat bakti Allahyarham dalam bidang penyelidikan mengenai adat dan budaya negeri ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Setiausaha Kerapatan Adat Luak Ulu Muar, Khalid Ujang menyifatkan Allahyarham seorang pakar rujuk Adat Perpatih yang tiada tolok bandingnya.

“Perjuangan Allahyarham selama 33 tahun dalam Adat Perpatih dirasai oleh semua penyandang adat termasuk masyarakat di negeri ini. Allahyarham adalah seorang tokoh Adat Perpatih yang terkenal dan pemergiannya satu kehilangan yang besar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Abdul Khalid BongetPerpatih
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

KJ Sindir Bakal PM ‘Waghih’ Negeri Sembilan

12/09/2018
0

MUNGKIN isu ini tampak agak remeh tetapi kesannya amat besar apabila ia melibatkan jawatan tertinggi iaitu perdana menteri yang pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd