• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Fitnah SPR, PDRM – TPM Zahid

oleh AK-47
07/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak agar tidak memfitnah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang menjalankan tugas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau menegaskan bahawa semua anggota dan pegawai SPR dan PDRM tahu dan mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk PRU14.

“Jangan membuat fitnah yang peti undi telah dibuka. Polis dan SPR tahu peraturan bahawa peti undi tidak boleh dibuka (sehingga berakhirnya tempoh pengundian).

“Ia hanya boleh dibuka selepas pengundian pada 9 Mei nanti,” katanya sambil menyangkal dakwaan calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang, G. Manivanan, berhubung pengundian awam itu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian semasa ditanya mengenai dakwaan Manivanan kononnya pengiraan pengundian awal Parlimen P.075 Bagan Datuk dilakukan selepas berakhirnya tempoh mengundi itu Sabtu lepas.

“Dia (Manivanan) sengaja buat onah kerana dia mahu meraih simpati,” katanya pada sidang media selepas melancarkan “Program Back2School: Pelestarian Kebun” di Sekolah Kebangsaan Sungai Nipah di sini.

Ahmad Zahid juga menempelak tindakan Manivanan yang mendakwa timbalan perdana menteri mendapat sambutan yang baik ketika keretanya masuk ke balai polis.

“Kononnya saya yang mengarahkan…saya tidak berada di balai polis seperti didakwanya. Saya berada di tempat lain. Jangan cuba buat fitnah dalam perkara ini. Kita tunggu siasatan,” katanya.

Ahmad Zahid juga memberi amaran kepada Manivanan agar tidak memecahbelahkan masyarakat Bagan Datuk dengan melempar fitnah dan tohmahan.

“Jangan buat kerenah dan onah. Jangan rosakkan dan memecahbelahkan masyarakat di Bagan Datuk,” katanya.

Ahmad Zahid juga menyaran mereka yang mahu berkempen di kawasan Bagan Datuk agar menghormati budaya dan tata etika yang diamalkan di sini.

“Kalau mahu berkempen, berkempenlah dengan cara baik. Orang Bagan Datuk akan menolak orang yang membuat fitnah macam ini,” kata Ahmad Zahid yang bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk pada PRU14.

Beliau akan dicabar calon PKR, Datuk Pakhrurrazi Ar­shad dan calon PAS, Datuk Ata Abdul Muneim Hasan Adli. — BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd