• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Meminta Ejen Calon Buat Laporan Adil

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta ejen-ejen calon yang bertugas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) supaya membuat laporan yang adil kepada parti masing-masing mengenai proses pilihan raya itu.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata terlalu banyak isu yang ditularkan di media sosial mengenai penjalanan pilihan raya sedangkan semua proses itu dipantau oleh ejen-ejen yang dilantik sendiri oleh calon dan parti politik yang bertanding.

“Sama seperti 5 Mei lepas pada hari pengundian awal, pelbagai perkara ditularkan. Jadi, saya minta supaya ejen-ejen memaklumkan kepada parti masing-masing mengenai penjalanan pilihan raya di tempat mereka bertugas dengan seadil-adilnya. Jangan buat cerita tidak tentu pasal.

“Jika parti politik merasakan ada masalah di tempat tertentu mereka boleh menghubungi ejen mereka bagi mendapatkan kepastian,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan pemerhati antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Mohd Hashim berkata peranan ejen-ejen calon dan parti politik yang bertugas pada setiap pilihan raya adalah sangat penting memandangkan mereka adalah orang yang setia kepada parti politik masing-masing.

“SPR bukan parti politik dan hanya diberi peranan untuk menguruskan pilihan raya dengan seadil dan setelus mungkin. Kita sedaya upaya berusaha untuk membuat yang terbaik, itu keazaman kita,” kata Mohd Hashim.

Dalam kenyataan sebelum ini, beliau berkata urusan penjalanan PRU14 akan dipantau oleh lebih 200,000 ejen calon atau parti politik yang bertanding.

Mereka dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu ejen pilihan raya, ejen barung semakan, ejen tempat mengundi, ejen mengira undi, ejen pengeluaran undi pos, ejen pembukaan sampul undi pos dan ejen pengiraan kertas undi pos.

Dalam pada itu, Mohd Hashim menasihatkan orang ramai khususnya pengundi supaya tidak mudah percaya dengan mesej-mesej mengenai PRU14 yang ditularkan di media sosial atau melalui aplikasi WhatsApp yang kebanyakannya direka untuk mengelirukan mereka.

“Ia mungkin satu daripada strategi pilihan raya oleh pihak tertentu. Kadang-kadang ia boleh mempengaruhi (pengundi),” katanya.

Terbaharu, Mohd Hashim berkata terdapat mesej tular berkenaan cara-cara menanda kertas undi dan etika berpakaian ke pusat mengundi yang tidak pernah dikeluarkan oleh SPR.

“Kita tidak ajar pangkah kertas undi secara spesifik dengan dari satu sudut ke satu sudut mesti sempurna dan ada yang kata mesti guna pembaris. Itu tidak betul.

“Kita tidaklah tegas mengenai cara menanda kertas. Begitu juga dengan etika pakaian, kita tidak pernah keluarkan,” jelasnya.

Terdahulu, Mohd Hashim menyambut ketibaan pemerhati antarabangsa dari Thailand dan India yang menaiki penerbangan dari Bangkok pada 12.15 tengah hari tadi.

Mereka adalah kumpulan kedua pemerhati antarabangsa yang tiba di Malaysia bagi memantau proses PRU14 pada Rabu ini. Kumpulan pertama dari Maldives tiba di KLIA pada 7.20 pagi tadi. – BERNAMA

Tags: SPRTan Sri Mohd Hashim Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd