• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AiADR Pusat Penyelesaian Pertikaian Alternatif

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) melancarkan Institut Penyelesaian Pertikaian Alternatif Asia (AiADR) bersempena sambutan ulang tahunnya ke-40.

AiADR merupakan pusat bukan mencari keuntungan pertama berasaskan anggota, bagi penyelesaian pertikaian alternatif (ADR) yang khusus untuk menggalakkan amalan ADR melalui pendidikan yang boleh diakses, dan pembangunan profesion di seluruh Asia, Afrika dan negara-negara jiran.

“AiADR bermatlamat untuk menjadi platform bagi anggota dalam mengamalkan amalan antarabangsa, membina kapasiti, dan menyediakan peluang kepada semua pihak berkepentingan ekonomi dalam menyelesaikan pertikaian dan melihat projek dan pelaburan melalui tumpuan khusus terhadap ekonomi Asia dan Afrika yang baru muncul,” kata AIAC dalam satu kenyataan.

AiADR telah dilancarkan secara rasmi oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Perundingan Perundangan Perundangan Asia-Afrika (AALCO), Prof Dr Kennedy Gastorn, pada majlis makan malam gala ulang tahun AIAC ke-40, di luar program Minggu ADR Asia 2018 (AAW 2018), di sini, semalam.

AAW 2018 yang berlangsung selama tiga hari mulai 5 Mei, dianjurkan oleh AIAC sebagai platform untuk mempromosikan Asia sebagai pasaran utama bagi perjanjian perdagangan kerana ia melibatkan pertumbuhan ekonomi Asia dan peluang yang sama dalam bidang seperti minyak dan gas, tenaga boleh diperbaharui, undang-undang, perbankan, pembinaan, dan pengangkutan.

Persidangan tersebut meliputi promosi perniagaan dan pelaburan serantau serta bagaimana kerangka kerja ADR dirancang untuk melengkapi pengembangan yang diharapkan daripada industri komersial dengan jangkaan ledakan ekonomi.

Persidangan itu yang berakhir hari ini dengan Persidangan Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan yang bertumpukan pembinaan, meneroka perundangan baru mengenai impaknya terhadap adjudikasi berkanun, khususnya, cabaran-cabaran yang timbul daripada kontrak standard AIAC, satu rangkaian kontrak yang dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal undang-undang, tahun lepas.

Selaras dengan visi AIAC untuk menerajui ADR di peringkat global dan serantau, AIAC dan AALCO akan bersama-sama menganjurkan Forum Timbang Tara Tahunan AALCO mengenai Timbang Tara dan Undang-undang Perdagangan Antarabangsa pada 21 dan 22 Julai tahun ini. – BERNAMA

Tags: AIAC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Pengarah AIAC Didakwa Pecah Amanah

26/03/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Datuk Profesor Dr. N.Sundra Rajoo mengaku tidak bersalah di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd