• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ziarah Kubur Hanya Perkara Sunat, Hadi Perli Mahathir

oleh Ahmad Albab
07/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyindir Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merancang untuk menziarahi kubur bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka di sini, hari ini.

Presiden PAS tersebut berkata bahawa Pengerusi Pakatan Harapan yang tidak berdaftar itu sepatutnya mengutamakan perkara wajib terlebih dahulu memandangkan amalan menziarahi kubur hanya perkara sunat.

“(Dr. Mahathir perlu) balik kepada cara Islam, masalah sekarang tinggal yang wajib tetapi buat yang sunat. Pergi ziarah (kubur) itu perkara sunat…kalau ada surat khabar tolong tulis, ziarah kubur itu sunat.

“(Tetapi) melantik pemimpin (daripada kalangan) orang Islam yang betul adalah wajib,” kata Abdul Hadi ketika berucap pada ceramah umum Pilihan Raya Umum ke-14 di Wakaf Bharu di sini malam ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan yang juga calon PAS di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob.

​​​​​​​Selain itu, Abdul Hadi berkata tindakan Mahathir, 92, bersama DAP serta parti gabungan Islam liberal adalah perkara yang salah.

“Bersama DAP, bersama parti Islam yang liberal, tolak Islam dan tolak hadis itu tidak betul…balik kepada al-Quran dan hadis wajib,” katanya.

Rancangan Dr. Mahathir untuk menziarahi kubur Allahyarham Nik Abdul Aziz hari ini terbantut apabila dihalang keluarga bekas menteri besar Kelantan itu.

Bermula kira-kira pukul 9 pagi, anak Allahyarham, Nik Adli bersama anggota keluarga serta sekumpulan penyokong PAS bertindak mengunci pagar tanah perkuburan tersebut. Pintu laluan masuk ke tanah perkuburan itu juga dihalang menggunakan sebuah lori. – BERNAMA

Tags: Abdul Hadi AwangTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pelbagai usaha dilakukan UMNO sejak dulu bagi memperkukuh pendidikan berteraskan Islam di negara ini, tetapi...

Iran Satu-satunya Negara Berani Hadapi Zionis – Abdul Hadi 

Iran Satu-satunya Negara Berani Hadapi Zionis – Abdul Hadi 

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan Iran sebagai satu-satunya negara yang benar-benar membuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd