• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Amran Kes DAP Sebar Fitnah Disiasat Polis

oleh
06/05/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad bahawa parti itu melakukan propaganda jahat demi menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya telah menerima laporan polis daripada ahli Amran, 41, semalam mengenai kes penyebaran fitnah terancang menggunakan nama blok pembangkang tersebut

“Amran telah membuat laporan polis di Balai Polis Pudu semalam dan kita akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 124c Kanun Keseksaan iaitu  iaitu cubaan melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

“Setakat ini apa yang boleh dikatakan, proses siasatan sedang berlangsung,” kata Mazlan ketika mengulas kes tersebut dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sempena PRU ke-14 di sini hari ini.

Media tempatan melaporkan Amran yang juga Pemikir Publisiti Pengundi Melayu DAP meminta pihak polis buat siasatan menyeluruh dan menghentikan propaganda jahat DAP sebelum PRU ke-14 berakhir beberapa hari lagi.

Amran memaklumkan telah membuat laporan polis dan menyerahkan segala bukti berkaitan puluhan rakaman video dan risalah jahat yang disebarkan DAP serta tidak gentar sekiranya berdepan tindakan oleh kepimpinan DAP.

Baca: DAP Terbukti ‘Dalang’ Penyebar Fitnah PRU-14

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP Pusat merangkap penolong penerbit stesen televisyen rasmi DAP iaitu UbahTV mendakwa, parti itu sebenarnya dalang ‘kilang’ fitnah pembangkang untuk hasut rakyat.

Amran ialah anak kepada allahyarham Ahmad Nor yang merupakan bekas naib pengerusi DAP kebangsaan dan mantan Ahli Parlimen Bayan Baru selain pernah menjadi Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (MTUC).

Sebelum bekerja dengan DAP, beliau merupakan wartawan Utusan Malaysia di ibu negara dan pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) cawangan akhbar harian tersebut sebelum dipecat.

Selepas itu beliau bekerja untuk Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 2010 dan kemudian menyertai portal berita Malaysiakini sebelum berhenti dengan alasan mahu ceburi bidang politik. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Amran AhmadDAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Berpakat Dahulu, Tidak Perlu Terburu-Buru, Yang Penting Mempunyai Musuh Yang Sama”

“Berpakat Dahulu, Tidak Perlu Terburu-Buru, Yang Penting Mempunyai Musuh Yang Sama”

23/07/2026
0

SEREMBAN - "Bagi orang Melayu apa pun nama pakatan ini, itu tidak menjadi masalah. Yang lebih utama tidak berlaku pertembungan....

Rakyat Tidak Perlukan ‘Bukti Hidup’ Untuk Menilai DAP

Rakyat Tidak Perlukan ‘Bukti Hidup’ Untuk Menilai DAP

23/07/2026
0

SEREMBAN - Rakyat tidak memerlukan 'bukti hidup' dalam bentuk individu, sebaliknya rakyat memerlukan bukti melalui dasar, tindakan dan pendirian keseluruhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd