• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lepas Kutuk PAS, Mahathir Ziarah Kubur Nik Aziz Tapi…

oleh
06/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ZIARAH kubur pada bila-bila masa adalah amalan biasa. Persoalannya kenapa setelah bertahun-tahun lamanya… tiba-tiba dekat Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 baru teringat hendak datang?

Inilah yang berlaku apabila pembesar utama pakatan pembangkang, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak ziarah kubur Allahyarham Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor di Muassasah Darul Ulum di Pokok Sena, Kedah semalam.

Beliau diiringi oleh anak arwah iaitu Muhammad Faiz kini ahli Parti Amanah Negara (PAN) dan menjadi calon atas lambang PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Hadir sama ialah bekas pemimpin PAS, Datuk Mahfuz Omar yang kemudian menyertai PAN dan kini bertanding atas lambang PKR di kerusi Parlimen Pokok Sena di Kedah pernah disandangnya untuk PRU kali ini.

Kalangan ahli PAN yakni parti serpihan PAS dikatakan menyambut baik aksi lakonan mantap Mahathir itu. Namun gara-gara lawatan itu tersebar, ahli tegar PAS pula mendakwa ziarah itu lebih bermotif politik untuk pancing undi.

Ini lebih-lebih lagi apabila Mahathir tersilap cakap semasa ceramah di Lembah Pantai, Kuala Lumpur baru-baru ini kata 14 penyokong PAS yang terkorban dalam peristiwa Memali di Baling, Kedah pada 1985 lalu sebagai ‘mati katak’.

Sekalipun telah memohon maaf secara terbuka setelah rakaman video ucapan biadab Mahathir itu tular dikutuk netizen seluruh dunia, namun keceluparan beliau tidak memadamkan perasaan marah ahli PAS terhadap dirinya.

Baca: Sanggup Pakatan Harapan Khianat Syuhada Memali

Pagi Ahad, Mahathir terima tamparan hebat apabila hasratnya ziarah kubur bekas Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, Kota Bharu dihalang oleh keluarga arwah.

Beliau berada di Kelantan dalam siri jelajah kempennya. Portal tempatan melaporkan Mahathir, 92, dijadual ziarah kubur Nik Aziz selepas hadiri majlis ramah mesra pakatan pemvbangkang dengan orang ramai di sekitar Kok Lanas.

Nik Omar, anak kedua Nik Aziz yang secara mengejut bertanding di kerusi DUN Cempaka, yakni bekas kerusi arwah bapanya sendiri, atas lambang PKR sepatutnya mengiringi Mahathir ke kawasan perkuburan tersebut.

Berikutan insiden tidak dijangka itu, Mahathir telah membatalkan kedatangannya. Suasana dilaporkan agak gamat sedikit seketika di luar tanah perkuburan Islam tersebut apabila pintu pagarnya pula turut dikunci ketat.

Selain itu, ada sebuah lori dengan bendera PAS diletak di depan pintu pagar tersebut bagi menghalang sesiapa sahaja masuk. Anak ketiga Nik Aziz yakni Nik Adli turut berada di situ bersama-sama beberapa penyokong PAS.

Nik Adli yang ditemui wartawan dilaporkan berkata bahawa keluarganya pada kelaziman sebenarnya memang tidak pernah menghalang sesiapa pun untuk datang menziarahi pusara arwah bapanya waima pemimpin UMNO sendiri.

“Cuma kita lihat perkara ini ada kepentingan politik. Jadi kita hendak elak berlaku pertembungan dalam keluarga kami sendiri. Kalau nak juga datang ziarah, datanglah selepas PRU ke-14,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: mati katakMemaliNik Aziz Nik Mat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Memali: Mengapa Pemimpin PAN Membisu?

05/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Mengapa bekas pemimpin PAS yang kini bersama gabungan parti pembangkang Pakatan Harapan membisu seribu bahasa apabila Tun...

Memali: Abdul Hadi Terima Permohonan Maaf Tun M

06/05/2018
0

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima permohonan maaf Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataannya yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd