• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafidah, Daim Digugurkan, Rais Disiasat – Tengku Adnan

oleh Ahmad Albab
05/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dua veteran UMNO yang juga bekas menteri iaitu Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz digugurkan keanggotaan parti berkuat kuasa semalam​​​​​​ susulan tindakan mereka menyokong pembangkang selain menghentam parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Tan Sri Dr. Rais Yatim pula masih disiasat berhubung isu sama sebelum tindakan seterusnya diambil.

Beliau berkata surat pengguguran keanggotaan itu dihantar kepada Daim dan Rafidah semalam, sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan parti.

“Bila dia (Rafidah) di atas pentas pembangkang secara automatik saya minta surat dihantar kepada beliau dan digugurkan sebagai anggota UMNO termasuk Tun Daim,” katanya kepada media selepas meninjau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini.

Tengku Adnan yang mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 dicabar oleh Zainal Abidin Kidam (PAS) dan Datuk Dr. Samsu Adabi Mamat (PKR-PPBM).

“Saya memberitahu kepada mereka yang saya menyelidik dan tidak dengar ‘hearsay’ (khabar angin) tapi bila saya dah dapat gambar baru saya suruh ‘release’ (hantar surat) kepada mereka,” katanya lagi.

Tengku Adnan berkata sebagai veteran UMNO, mereka seharusnya tahu yang mereka boleh digugurkan daripada parti apabila bertindak sedemikian.

“Barangkali mereka nak kita gugurkan mereka sebagai anggota dan dia akan cakap macam-macam kepada UMNO, tapi kena ingat tanpa UMNO dan Barisan Nasional (BN) mereka dan negara tidak akan jadi macam apa hari ini…jangan jadi seperti kacang lupakan kulit,” katanya.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN berkata tindakan mereka yang menyokong pakatan pembangkang dan menghentam kerajaan adalah sesuatu yang menyedihkan.

“Ketika mereka bersama kami, kami semua menyokong mereka…bukan mereka dulu tidak ada masalah mereka semua dulu ada masalah. Oleh kerana konsep wala’ taat kepada kepimpinan, kita ikut arahan pemimpin serta kita tabayyun.

“….kerana dulu mereka bersama dengan kami dan kita perbetulkanlah sama-sama kerana kita dalam satu jemaah. Namun hari ini, mereka keluar daripada jemaah dan menuding jari. Ini adalah tidak patut dan tidak adil,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorVeteran UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

VETERAN UMNO Gesa DAP Segera Keluar Kabinet, Jangan Tunggu Sidang Khas Julai

VETERAN UMNO Gesa DAP Segera Keluar Kabinet, Jangan Tunggu Sidang Khas Julai

21/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Veteran UMNO menyambut baik hasrat DAP untuk menarik diri daripada memegang jawatan dalam kerajaan sekiranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd