• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gugur 2 Veteran UMNO Elak Kerosakan Parti Menular

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Tindakan UMNO menggugurkan tiga anggota veterannya iaitu Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz adalah wajar bagi mengelakkan kerosakkan menular dalam parti itu, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata hukuman pengguguran anggota daripada parti adalah suatu hukuman yang dilaksana dalam mana-mana parti politik sekiranya anggotanya bertindak belot kepada perjuangan parti apatah lagi bersubahat dengan parti lawan.

“Jika mereka tidak digugurkan ia akan menular dan merosakkan parti tersebut. Samalah seperti di dalam tentera kalau ada mana-mana anggota tentera yang belot dan bersubahat dengan musuh sudah pasti hukuman berat akan diterima.

“Kalau kita tidak mengamalkan hukum mereka yang belot atau mereka yang tidak sepenuh hati kepada perjuangan, takut ianya akan merosakkan apa yang kita telah bina selama ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pengundian awal di Sekolah Kebangsaan Terendak 2, Kem Terendak di sini hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini dilaporkan sebagai berkata dua veteran UMNO itu digugurkan keanggotaan parti, berkuat kuasa semalam, kerana menyokong parti pembangkang selain menghentam parti.

Sementara itu, Idris berkata kehadiran kempen Pakatan Harapan yang menampilkan nama-nama besar di Melaka tidak sama sekali menggugat kekuatan jentera Barisan Nasional (BN) negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Menteri Melaka itu berkata sebaliknya beliau percaya dengan keupayaan BN sendiri selain berkeyakinan pengundi di negeri ini dapat menilai dan memilih pemimpin dan parti yang dapat menjanjikan masa depan yang lebih baik kepada negara.

“Kami tidak gentar dengan PH, orang Melaka kita dah beri pelindung terutama mengingatkan mereka supaya tidak mudah menerima berita palsu yang disebarkan (PH) yang boleh menimbulkan bencana dan porak peranda di negeri ini.

“Kerana realiti di hadapan kita kemakmuran, keselamatan dan kemamanan negara yang kita dokong sedang berlaku. Negara kita berada dalam keadaan selamat, aman serta makmur di bawah BN dan ini mesti dikekalkan.”

Dalam pada itu, Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Mej. Jen. Datuk Hasagaya Abdullah berkata seramai 12,268 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan yang bertugas di Melaka menunaikan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal hari ini bagi PRU14.

“Proses pengundian awal berjalan dengan lancar, cuaca panas dan hujan tidak lunturkan semangat anggota tentera dan pasangan melaksanakan tugas sebagai rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menjadi orang pertama yang membuang undi awal pada 8 pagi tadi di sekolah itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris HaronVeteran UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

VETERAN UMNO Gesa DAP Segera Keluar Kabinet, Jangan Tunggu Sidang Khas Julai

VETERAN UMNO Gesa DAP Segera Keluar Kabinet, Jangan Tunggu Sidang Khas Julai

21/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Veteran UMNO menyambut baik hasrat DAP untuk menarik diri daripada memegang jawatan dalam kerajaan sekiranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd