• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekayaan Mahathir, Daim Dan Rafidah

oleh Haris
05/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUN Dr. Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz punya persamaan yang nyata.

Ketiga-tiga trio tua ini, kaya-raya. Sumber kekayaan dikaitkan dengan kroni dan proksi mereka.

Wujud keraguan mengenai cara agihan projek dan tender penswastaan, serta pemberian permit import (AP) ketika ketiga-tiga mereka berkuasa.

Malah, pada 2006, Mahathir sendiri menuduh Rafidah menyeleweng dalam isu permit, kroni-kroni Rafidah menipu nilai sebenar kos harga kenderaan import. Mahathir menuduh, kroni Rafidah punca pasaran Proton terjejas teruk.

Mahathir berkuasa bermula 1981 hingga 2003. Dalam tempoh itu, Daim menjadi Menteri Kewangan sebanyak dua kali. Pada 1984 hingga 1991. Kemudian pada 1999 hingga 2001.

Inilah era Daim sangat berkuasa. Era inilah projek-projek mega diperolehi kroni-kroninya, terutama anak-anak Mahathir.

Mahathir, yang selalu mengaku tidak memiliki apa-apa, sebenarnya sangat kaya. Mahathir memiliki kepentingan dalam 18 buah syarikat.

Antaranya, Proton Holdings Berhad, Khazanah Nasional Berhad dan Golden Horse Berhad.

Namun, kekayaan sebenar keluarga Mahathir dikuasai empat anaknya. Mokhzani paling kaya. Diikuti Mirzan, Mukhriz dan Marina.

Marina memiliki aset kekayaan paling kecil. Hanya RM80 juta. Adiknya Mokhzani paling kaya, memiliki aset bernilai RM3 billion melalui penguasaan atau pemilikan saham dalam 255 syarikat.

Mirzan pula kedua paling kaya. Hartanya bernilai RM780 juta. Mukhriz, yang kini Timbalan Presiden PBBM dan calon Pilihan Raya Umum ke-14 di Jerlun, memiliki harta RM540 juta melalui 128 syarikat.

Semua harta ini dikaitkan dengan kekuasan bapa mereka Mahathir sebagai Perdana Menteri. Daim sebagai Menteri Kewangan orang suruhan Mahathir tentu terlibat sekali.

Daim sendiri pun sangat kaya-raya. Cuma dia pandai menyembunyikan kekayaannya melalui ketrampilan yang low profile.

Diam dianggap sebagai bekas Menteri Kewangan paling kaya di dunia. Asetnya dianggarkan bernilai RM65 billion.

Daim dikaitkan dengan bisnes paling menguntungkan melalui ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB). Daim memiliki 84.4 peratus kepentingan ICB dan menguruskan menguruskan 130 cawangan bank di 12 negara.

Rafidah Aziz? Tak kan Rafidah lupa, Mahathir pernah menuduhnya makan rasuah pada tahun 2006 berhubung isu AP.

Setiap tahun, perniagaan AP ini dianggarkan bernilai RM2 bilion dan Rafidah ketika menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa mempunyai kuasa mutlak untuk memilih siapa yang mendapat AP ini.

Selalunya, hanya kroninya yang diberikan jumlah AP yang besar iaitu Nasimuddin SM Amin, Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Seri Mohd Haniff Abdul Aziz.

Selama 21 tahun memegang jawatan menteri MITI, AP yang dikeluarkan Rafidah dikatakan bernilai hampir RM8 bilion.

Inilah harta tiga ahli politik yang kaya-raya ini.

Sekarang mereka ada hati untuk menjadi trio pencen-ramah. Mengadakan tour keliling negara menceritakan kesusahan rakyat di bawah kerajaan BN sekarang. – Mynewshub.cc

Tags: Tan Sri Rafidah AzizTun Daim ZainuddinTun Dr Mahathir Mohamad
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

RM758 Juta Aset Na’imah, Keluarga Daim Di London Dibeku

RM758 Juta Aset Na’imah, Keluarga Daim Di London Dibeku

03/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, memerintahkan aset luar negara milik isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun...

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd