• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

152,357 Warga ATM Undi Awal Hari Ini – PAT

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 152,357 pemilih berdaftar terdiri daripada anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia di seluruh negara layak melakukan pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hari ini.

Jumlah itu membabitkan 110,277 pengundi bagi perkhidmatan Tentera Darat Malaysia, 22,499 pengundi perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia dan 19,581 pengundi bagi perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata kesemua anggota menjalankan tanggungjawab mereka di 145 pusat pengundian awal yang dibuka di seluruh negara.

“Wilayah Persekutuan mencatatkan pengundi tertinggi iaitu sebanyak 29,395 diikuti negeri Perak dengan mencatatkan 23,634 pengundi.

“Bagi negeri yang paling rendah jumlah pengundi ialah Perlis iaitu 2,047 orang,” katanya selepas membuat pengundian awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Kementah, Jalan Padang Tembak di sini.

Raja Affandi adalah antara 8,118 pegawai dan anggota tentera yang layak mengundi awal di pusat mengundi berkenaan yang menyediakan 12 saluran mengundi.

Turut mengundi awal di sekolah berkenaan ialah Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengesahkan PRU14 akan menggunakan daftar pemilih suku keempat 2017, yang berjumlah 14,940,624 pengundi.

Daripada jumlah berkenaan, 14,636,716 pengundi adalah pemilih biasa, 300,255 pengundi awal yang terdiri daripada tentera dan pasangan serta polis dan 3,653 pengundi tidak hadir luar negara. – BERNAMA

Tags: ATMPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd