• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Sewenang-Wenang Kongsi Berita Tidak Pasti

oleh Ahmad Albab
05/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya menerusi platform media sosial, lebih-lebih lagi ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata kecenderungan sesetengah pihak terhadap ideologi sesebuah parti politik menyebabkan mereka terlalu ghairah untuk berkongsi maklumat yang diterima dalam talian sehingga terlupa menyemak kesahihannya.

“Untuk menangani isu ini, Jabatan Penerangan menubuhkan pasukan pemantau yang berperanan membantu pihak berwajib menangani isu-isu yang tidak dipastikan kesahihannya.

“Kalau sesuatu berita itu dikenal pasti oleh pihak berwajib sebagai palsu, maka kita akan bantu menangkis berita palsu itu,” katanya kepada Bernama selepas melakukan lawatan ke Pusat Media PRU14 di Pejabat Penerangan Daerah Klang di sini malam tadi.

Beliau berkata pihaknya juga sedang memberi penerangan kepada masyarakat mengenai kepentingan menilai kandungan sesuatu berita sebelum menyebarkan maklumat berkenaan kepada pihak lain.

“Kita juga memberi penerangan kepada orang ramai mengenai kewujudan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang telahpun dikuatkuasakan supaya lebih berhati-hati menilai kandungan sesuatu berita sebelum disebarkan,” katanya.

Mengenai pusat media PRU14, Pengarah Penerangan Selangor Norbaya Jamaludin berkata pusat media itu yang beroperasi sejak 27 April lepas dibuka kepada semua petugas media, setiap hari sehingga 9 Mei ini.

Katanya pusat media itu menyediakan beberapa kemudahan untuk pengamal media menyiapkan laporan berita dan tugasan berkaitan PRU14.

“Kami sediakan empat unit komputer berserta kemudahan Wi-fi. Pusat yang dilengkapi pendingin hawa ini boleh memuatkan sehingga 10 orang pada satu-satu masa,” katanya. – BERNAMA

Tags: berita palsufitnah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur membuat laporan polis terhadap pihak yang menuduh beliau melarang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd