• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Masih Jadi Pilihan Pelabur Taiwan

oleh AK-47
04/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia kekal menjadi destinasi pelaburan pilihan bagi syarikat Taiwan, dinilai daripada pelaburan kumulatif yang berjumlah sebanyak US$12.4 bilion (US$1 = RM3.94) sehingga akhir September lepas, kata Wakil Pejabat Ekonomi dan Budaya Taipei di Malaysia, James Chang Chi-Ping.

Beliau berkata pelabur Taiwan terlibat kebanyakannya dalam sektor pembuatan, elektronik, bioteknologi dan teknologi tinggi, melabur kira-kira US$110 juta di Malaysia pada 2016.

“Kami percaya nilai itu akan bertambah besar lagi bagi 2017, kerana pelaburan elektronik sahaja yang bernilai kira-kira RM1 bilion telah diluluskan tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan edisi kedua ekspo Taiwan Excellence 2018, di sini, hari ini.

Acara tiga hari itu yang bermula hari ini berfungsi sebagai platform promosi untuk meningkatkan kesedaran dan minat dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap kejayaan, budaya dan tradisi Taiwan.

Kira-kira 100 produk yang terdiri daripada produk kecantikan, barang-barang rumah, sukan serta teknologi maklumat dan komunikasi daripada 33 syarikat Taiwan dipamerkan di pameran itu.

Chang percaya dengan kehadiran banyak syarikat Taiwan yang berjumlah 1,700 di Malaysia, ditambah dengan dasar New Southbound Policy yang dilancarkan pada Ogos 2016 dan hubungan erat antara kedua-dua negara, perdagangan dua hala dijangka meningkat sebanyak 10 peratus pada 2018 daripada US$17.56 bilion tahun lepas.

Dalam ucapan pembukaannya semasa perasmian itu, Chang berkata jumlah import Taiwan dari Malaysia meningkat 14.5 peratus tahun ke tahun kepada US$7.19 bilion tahun lepas, manakala eksport ke Malaysia melonjak 32.7 peratus tahun ke tahun kepada US$10.67 bilion.

“Malaysia merupakan rakan dagangan ketujuh terbesar Taiwan pada 2017 (2016: kelapan), manakala Taiwan adalah pelabur keempat terbesar Malaysia selepas Jepun, Amerika Syarikat dan Singapura tahun lepas,” katanya.

Mengenai segmen halal, beliau berkata 150 hotel dan restoran di Taiwan, serta lebih 800 produk Taiwan telah memperoleh persijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia setakat ini.

“Kami akan meneruskan usaha kami untuk menjadikan Taiwan destinasi mesra Muslim,” katanya sambil menambah orang Islam membentuk satu persepuluh daripada jumlah 528,000 pelancong Malaysia yang datang ke negara itu tahun lepas,” katanya. – BERNAMA

Tags: James Chang Chi-Ping
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd