• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Kampung Perlu Main Peranan Yakinkan Penduduk

oleh AK-47
06/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – Ketua Kampung diminta memainkan peranan untuk meyakinkan penduduk di kawasan masing-masing untuk terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak ketika membuat gesaan itu berkata bagi memastikan agenda pembangunan diteruskan di Sabah khususnya di Kota Belud, sokongan padu rakyat amat penting agar kepimpinan kerajaan BN sedia ada dapat dipertahankan.

“Oleh itu saya minta ketua-ketua kampung supaya memainkan peranan meyakinkan penduduk di kampung masing-masing bagi memastikan BN terus menerajui kerajaan, sekali gus memastikan kerajaan dapat merealisasikan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis bersama rakyat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pompod, yang dihadiri ketua-ketua kampung daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan dan DUN Tampasuk. Turut hadir calon BN bagi DUN Usukan Datuk Japlin Akim.

Salleh yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Kota Beluda turut meminta pengundi di kawasan itu terus berdiri teguh menyokong kesemua calon BN yang bertanding di kawasan Parlimen berkenaan.

“Berikan sokongan tanpa berbelah-bagi… kerana sokongan padu itu akan memastikan kesemua calon BN di Parlimen ini menang… kita perlu pastikan BN Kota Belud menjadi simpanan tetap untuk BN Sabah.

“Bila kita (BN) sudah menang pelbagai pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan dapat diteruskan dan ia akan dapat memberi manfaat kepada semua penduduk di Kota Belud,” tambahnya.

Sementara itu, dalam majlis berasingan di program santai bersama Briged Gempur BN di kawasan DUN Usukan, Salleh berharap skuad Pemuda BN terus berjuang untuk menarik sokongan golongan muda di kawasan Parlimen itu.

“Kita perlu bergerak ke seluruh pelusuk Kota Belud untuk memastikan anak-anak muda di sini sentiasa bersama kita (BN). Perjuangan anak muda ini adalah sangat penting untuk masa hadapan negara.

“Perjuangan anak muda penting untuk merealisasikan Transformasi Nasional 2050 (TN50)… kalau kita mahu negara selamat kita perlu terus menyokong kerajaan BN yang selama ini memperjuangkan hak dan kebajikan semua anak bangsa serta sentiasa memastikan negara dalam keadaan stabil dan aman,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd