• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Butik Tutup, Bukan Kerana Yuna Gagal

oleh
06/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GULUNG tikar bukan bermaksud gagal bagi penyanyi yang telah berjaya membawa bakatnya ke mata dunia, Yuna Zarai.

Kini, penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat itu menegaskan bahawa keputusannya untuk menutup butik pakaiannya, November Culture bukanlah bermaksud dia sudah menyerah kalah.

Selama empat tahun, butik yang telah beroperasi di Subang Jaya, Selangor itu merupakan titik awal bagi penyanyi lagu Crush itu untuk memulakan semula episod baharunya dalam kehidupan.

“Saya sangat sayangkan perniagaan ini, tetapi sudah tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal. Disebabkan keadaan yang tidak dijangka, saya tidak lagi mampu dari segi kewangan untuk meneruskan perniagaan ini,” katanya.

Pengumuman itu telah dibuat oleh Yuna sendiri di akaun Instagram miliknya serta memberitahu bahawa faktor kewangan merupakan punca utama dia mengambil keputusan berat itu.

Its official friends! Thank you for being with us all these years, and for your love and support. We are so sad to leave but excited for a new chapter. Please continue to support your small local businesses! love you guys! -Yuna #novemberculture

A post shared by November Culture (@novemberculture) on May 2, 2018 at 2:30pm PDT

Malah, ia turut memberi peluang kepada anak jati kelahiran Alor Setar, Kedah itu untuk  mempelajari lebih banyak tentang selok-belok dunia perniagaan.

Masakan tidak, perniagaan butik itu telah diuruskan olehnya sendiri selaku pengarah kreatif, model serta jurugambar dan dia hanya dibantu oleh beberapa pembantu sahaja.

Dalam masa yang sama, isteri kepada Adam Yousof Sinclair itu turut menyedari bahawa November Culture perlu menukar haluan jika mahu mendapatkan keuntungan serta dapat menyelamatkan perniagaan itu.

“Saya bagaimanapun, berbangga sudah memberikan yang terbaik. Perniagaan ini bergerak sendiri dan tidak bergantung kepada sesiapa sebagai pelabur.

“Tiada siapa memberitahu apa yang patut dijual atau apa perlu dilakukan untuk melariskan jualan. Sebaliknya, saya bersama beberapa teman cuma menggerakkan perkara yang kami suka. Kami bangga mempunyai pengikut dari seluruh dunia,” ujarnya lagi.

Terkini, Yuna dikatakan bakal muncul dengan single keempatnya tetapi maklumat lanjut mengenai single berkenaan masih lagi menjadi rahsia. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: NetizenNOVEMBER CULTUREYunalis Zarai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd