• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan KRU Bot Vietnam Cuba Merasuah RM20,000

oleh AK-47
04/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur menahan 24 nelayan Vietnam daripada dua bot nelayan asing dan tempatan dalam operasi bersepadu yang dilakukan di sekitar kawasan perairan Kuala Pahang, Nenasi dan Pulau Tioman bermula Rabu lepas sehingga pagi tadi.

Timbalan Pengarah Maritim Wilayah Timur (Operasi) Wilayah Maritim Timur Kapten Maritim V. Pannir Selvan berkata bot pertama ditahan 11 pagi semalam kira-kira 83 batu nautika dari Kuala Pahang ketika sedang menangkap ikan.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, seorang daripada kru kapal berkenaan cuba menawarkan wang sebanyak RM20,000 kepada anggota penguat kuasa untuk mengelak daripada dikenakan tindakan.

“Berikutan itu, kesemua nelayan asing yang berumur 18 hingga 52 tahun itu telah ditahan dan pelbagai hasil laut, peralatan menangkap ikan dan bot milik nelayan asing berkenaan yang dianggarkan bernilai RM300,000 telah disita,” katanya kepada pemberita di Jeti Kuala Pahang di sini hari ini.

Dalam operasi yang sama, taktik enam warga Vietnam menggunakan bot nelayan tempatan untuk menangkap ikan secara haram di negara ini akhirnya terbongkar apabila mereka ditahan lebih kurang tiga batu nautika dari Tanjung Gemok pada 11 malam semalam.

Maritim Malaysia kemudian menahan semua kru berumur antara 14 hingga 48 tahun serta merampas hasil laut, peralatan menangkap ikan dan bot dianggar bernilai RM200,000.

Operasi khas bersepadu disertai oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan kekuatan anggota seramai 217 orang.

Kesemua yang ditahan akan didakwa di bawah Akta Perikanan atas kesalahan menangkap ikan di perairan Malaysia dan Akta Imigresen kerana memasuki perairan Malaysia selain di bawah Akta SPRM kerana cuba merasuah,” tambahnya lagi.

Sementara itu, sejak awal Januari sehingga kini, pihaknya telah memeriksa sebanyak 1,433 bot di seluruh perairan Pahang, Kelantan serta Terengganu dan daripada jumlah itu sebanyak 50 bot nelayan asing dan tempatan dikesan menggaji warga Vietnam.

Pada masa yang sama, beliau turut menyeru kepada komuniti maritim yang mempunyai maklumat atau ternampak pencerobohan bot nelayan asing supaya menyalurkan maklumat berkaitan kepada APMM melalui talian 09 5717345 atau melalui talian MERS 999. – BERNAMA

Tags: APMMKRU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd