• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hamzah Nafi Dakwaan Azmin, Tetap Balik Larut

oleh AK-47
06/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LARUT – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini menyelar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana mendakwa beliau tidak akan balik ke Larut apabila menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya dakwaan Azmin itu tidak berasas sama sekali kerana beliau setiap minggu balik ke Larut bertemu dengan rakyat.

“Ini semua membuktikan pembangkang tidak mempunyai agenda untuk membantu rakyat malahan calon yang mereka pilih untuk bertanding juga adalah kroni mereka (orang luar dan juga bukan pengundi di sini).

“Saya percaya perjuangan mereka (pembangkang) hanya untuk kroni mereka dan BN akan mencapai kemenangan dengan majoriti yang besar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program pemantapan Perniagaan Penjaja dan Peniaga Kecil serta penyerahan Bantuan Geran Peniaga dan Penjaja Kecil di Arena batu Kurau di sini, hari ini.

Seramai 500 peniaga dan penjaja kecil menerima geran bernilai RM500 setiap seorang.

Hamzah berkata demikian mengulas ceramah Mohamed Azmin di sini malam tadi yang mendakwa beliau tidak akan pulang ke Larut apabila menang dalam PRU14 nanti.

Katanya dia yakin pengundi di Larut tidak akan terpengaruh dengan pembangkang sebaliknya memilih kerajaan BN yang membela rakyat.

Hamzah yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Larut pada PRU13 akan ditentang oleh Abu Husin Mohamad daripada PAS dan Datuk Khairil Anuar Akhiruddin (PKR-PPBM) pada PRU14.

Sementara itu, Hamzah berkata kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi membantu 1,500 peniaga dan penjaja kecil di Parlimen Larut untuk membeli peralatan berniaga.

“Mereka ini kami bagi sedikit bantuan untuk membeli barangan bagi memudahkan mereka menjalankan perniagaan kerana kami dapati kebanyakan mereka orang kampung yang mencari pendapatan bagi membantu keluarga,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah Zainudin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

Sokong Kerajaan Berhemah Demi Negara

20/04/2018
0

BATU KURAU – Rakyat diminta memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang terbukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd