• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Terengganu Yakin Bakal Ulangi Sejarah PRU10

oleh Ahmad Albab
04/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sekali gus mengulangi sejarah kemenangan yang dicipta pada Pilihan Raya Umum ke-10.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata keyakinan itu berdasarkan situasi politik terkini negeri yang dilihat lebih menyebelahi parti itu berbanding parti lain, selain gerak kerja parti yang tersusun.

“Kita berkeyakinan penuh pilihan raya umum (PRU) kali ini kerana kita lihat sokongan pengundi terhadap BN semakin baik…saya juga nampak PRU14 kali ini seolah-olah macam PRU pada 2004 dahulu ketika kita menang besar.

“Saya yakin dan percaya tak mustahil kita mengulangi sejarah pilihan raya 2004 yang mana kita kalah dengan 4-28 (pada 1999) dan kita rampas semula 28-4 (pada 2004). Insya-Allah kita akan ulangi kejayaan ini,” katanya selepas menghadiri Program Santai bersama pemimpin di Padang Astaka Dungun, malam tadi.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Dungun yang juga calon Parlimen Dungun Datuk Din Adam.

Ahmad Razif yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata beberapa isu yang timbul sebelum ini juga telah diselesaikan dan jentera parti negeri dilihat bekerja kuat demi kemenangan.

“Saya rasa tidak ada sebab kalau kita tidak dapat ambil balik kawasan Pas menang dengan majoriti rendah termasuk tempat yang kita tidak jangka (menang) macam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura ini, saya nampak momentum pengundi makin hari makin baik,” katanya.

Beliau berkata kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) turut memberi keuntungan kepada BN apabila dapat mengurangkan permasalahan dalam parti.

“Ada untungnya bila ada parti pribumi (PPBM) ini yang mana kita lihat orang yang tak setia dengan parti dan rasa mereka sudah tak sesuai dengan BN, mereka ada pilihan untuk pergi ke pribumi,” katanya.

Pada 1999, tsunami politik menyaksikan Pas berjaya menawan Terengganu selepas menang kesemua lapan kerusi parlimen di negeri ini.

BN pula hanya menang empat daripada keseluruhan 32 kerusi DUN iaitu di DUN Telemong, Ajil, Seberang Takir dan Kemasik, bagaimanapun pada 2004 BN kembali menawan Terengganu selepas memenangi lapan kerusi parlimen dan 28 daripada 32 kerusi DUN di negeri ini. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul RahmanBN Terengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Terengganu Terima, Hormati Keputusan Kalah PRN

BN Terengganu Terima, Hormati Keputusan Kalah PRN

13/08/2023
0

KEMAMAN : Barisan Nasional (BN) Terengganu menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang tidak memihak kepada gabungan parti...

Tiga Bekas Menteri Disebut Antara Calon BN Terengganu

Tiga Bekas Menteri Disebut Antara Calon BN Terengganu

18/06/2023
0

KUALA TERENGGANU : Tiga termasuk bekas timbalan menteri antara nama yang disebut-sebut dicalonkan untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd