• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Seronok Dapat Sekolah Semula’

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Kanak-kanak obes, Arya Permana yang sebelum ini terkenal kerana berat badan 190 kilogram (kg) ketika baru berusia 10 tahun kini semakin sihat selepas berjaya mengurangkan 83kg, malah kini mampu berjalan ke sekolah serta bersukan.

Arya yang satu ketika dulu ‘tidak pernah rasa kenyang’ berkata: “Kini saya tiada selera, makan enam sudu makanan pun sudah kenyang. Saya juga dilarang makan serta minum benda manis, terutama minuman ringan.”

Kanak-kanak yang kini berusia 12 tahun dari Karawang, Jawa Barat itu sebelum ini sama berat dengan enam budak lelaki seusianya selain sukar berjalan menyebabkan dia lebih banyak terlantar, malah terpaksa berhenti sekolah.

Doktor menganggap keadaannya antara kes obesiti paling sukar di dunia.

Dia yang juga pernah direkodkan budak lelaki paling berat oleh Muzium Rekod Dunia Indonesia, pada April tahun lalu menjadi orang termuda di dunia menjalani pembedahan gastrik untuk mengekang pemakanannya.

Sebelum pembedahan itu, dia makan lebih setengah kilogram nasi dan ayam setiap hari selain dua paket mi dan telur, hampir enam kali sehari kerana ‘tidak pernah rasa keyang.’

Ibu bapanya akhirnya mendapatkan bantuan selepas keadaannya semakin kritikal, apabila dia pengsan ketika acara di sekolahnya.

Arya kini berazam menurunkan lagi berat badannya.

“Saya mahu mengurangkan 50kg lagi. Saya amat gembira dengan keadaan sekarang, malah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

“Paling seronok apabila dapat bersekolah semula dan saya kini ramai kawan,” katanya. – Agensi/myMetro Online

Tags: kanak-kanakobesiti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd