• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Kelapan Rabies Sarawak Meninggal Dunia

oleh AK-47
04/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Satu lagi kematian akibat jangkitan rabies atau penyakit ‘anjing gila’ dilaporkan hari ini, menjadikan angka kematian kini berjumlah lapan orang di Sarawak sejak penyakit itu dikesan pada 30 Jun lepas.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kematian terbaru membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun dari Kampung Sebangkoi, daerah Simunjan, di bahagian Samarahan.

Menurutnya pelajar sebuah sekolah kebangsaan di Simunjan itu mula menunjukkan tanda dan gejala seperti sakit dan lemah pada bahagian sebelah kanan lengan serta muntah-muntah pada 18 April, dan pada 19 April, dia beliau dibawa oleh ibu bapanya ke klinik swasta dan seterusnya ke Hospital Serian.

“Keadaannya semakin tenat, dan pada 22 April mengalami serangan sawan. Keesokan harinya kes telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut. Sampel klinikal dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur pada 2 Mei dan keputusannya didapati positif jangkitan virus rabies,” menurutnya kenyataan itu.

“Keadaan kes semakin teruk dan meninggal dunia pada 3 Mei pada pukul 12.06 tengah hari dengan penyebab kematian disahkan sebagai Rabies encephalitis,” tambahnya.

Setakat 2 Mei, terdapat 30 buah kawasan di lima bahagian di Sarawak, iaitu Serian (21), Sri Aman (1), Kuching (4), Samarahan (3) dan Sarikei (1); telah diisytihar sebagai kawasan jangkitan rabies oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Sehingga kini cuma satu kes jangkitan pada manusia yang dikesan awal tahun ini membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dari Kampung Kuala, Serian, yang dilaporkan terselamat dan dibenarkan pulang Februari lepas; namun dia masih dalam keadaan koma. – BERNAMA

Tags: Kes Rabies
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Kes Rabies Baharu Di Kalangan Manusia Di Sarawak

09/12/2018
0

KUCHING - Terdapat dua kes baharu disyaki rabies di kalangan manusia di Sarawak, satu daripadanya melibatkan kematian seorang lelaki berumur...

Sarawak Rekod Satu Kes Baharu Rabies

28/11/2018
0

KUCHING - Sarawak merekodkan satu lagi kes rabies dalam kalangan manusia apabila seorang lelaki disahkan dijangkiti penyakit itu semalam, menjadikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd