• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pastikan Kenali Ubatan Jika Amal Pengubatan Kendiri

oleh AK-47
04/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masyarakat perlu mempunyai pengetahuan berkenaan penyakit dan ubat-ubatan sekiranya ingin mengamalkan pengubatan kendiri, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min.

Beliau berkata pengambilan ubat-ubatan secara tidak rasional bukan sahaja akan menimbulkan pelbagai masalah kesihatan tetapi juga menyebabkan peningkatan kos rawatan kesihatan.

Katanya terdapat segelinitr pengguna yang gemar merawat penyakit sendiri dengan membeli ubat-ubatan secara online, di gerai-gerai, kaki lima, pasar malam atau penjual yang tidak bertauliah.

“Kerajaan komited untuk memberikan penjagaan kesihatan yang terbaik termasuk membekalkan ubat-ubatan yang berkualiti.

“Oleh yang demikian, masyarakat perlu menghargai ubat yang dibekalkan dengan mematuhi cara penggunaan ubat yang betul, “ katanya ketika merasmikan persidangan Duta Kenali Ubat Anda peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Negara bukan sahaja mengalami kerugian akibat daripada penggunaan ubat yang tidak rasional, malah boleh mendatangkan kemudaratan kepada individu (terbabit), katanya.

Chen berkata kerajaan membelanjakan sejumlah RM2.38 billion untuk pembelian ubat-ubatan bagi kegunaan di fasiliti kerajaan tahun lepas.

Seramai 976 individu telah dilatih sebagai Duta Kenali Ubat Anda di seluruh Malaysia, yang merupakan ejen penyebaran maklumat tentang penggunaan ubat yang berkualiti. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Nafi Tidak Tanggung Rawatan IJN Penjawat Awam

23/08/2017
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan menafikan maklumat yang ditularkan orang ramai di media sosial kononnya Kerajaan Persekutuan tidak lagi menanggung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd