• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Motosikal Keluar Api, Bengkel Kena Tempias

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RENTUNG… Sebuah bengkel kenderaan hampir musnah apabila api kimpalan untuk menyambung ekzos motosikal yang tidak dapat dikawal, menyambar premis itu di Pekan, Pahang semalam.

Pekerja bengkel terletak di Batu 20, Jalan Pekan-Nenasi itu, Zulhilmi Abdul Rahman, 32, berkata dia tergamam apabila lihat api menyambar motosikal Yamaha LC 135C milik pelanggan secara tiba-tiba dan berlaku begitu pantas.

“Sebelum proses membaiki kerosakan berkenaan, saya mencadangkan kepada pemilik motosikal terbabit supaya terlebih dulu mencabut ekzos bagi memudahkan kerja mengimpal dilakukan.

“Bagaimanapun, pemilik motosikal terbabit tidak berminat dengan cadangan saya, sebaliknya dia mengarahkan saya supaya membuat kimpalan secara terus pada kenderaan.

“Ketika buat kimpalan, api secara tiba-tiba menyambar motosikal yang mungkin berpunca daripada minyak petrol tumpah dan keadaan angin kencang ketika kejadian,” katanya kepada Harian Metro.

Usaha memadamkan api menggunakan air pada motosikal itu ternyata gagal apabila api semakin marak hingga menyambar bumbung bengkel.

Menerusi bantuan beberapa rakan Zuhilmi, bengkelnya yang terbakar berjaya dikawal daripada melarat sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Keadaan cemas dan kelam-kabut menyebabkan dia terlupa untuk meminta bantuan bomba. Mujur pengguna jalan raya yang lalu di kawasan berkenaan bertindak pantas menghubungi bomba.

Ujarnya lagi, insiden tersebut memberi pengajaran buat dirinya untuk lebih berhati-hati apabila membaiki motosikal terutamanya ketika melakukan kimpalan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: BengkelmotosikalTerbakar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lubricants Di Stadium Sultan Ibrahim, Tawar Minyak Enjin Motosikal Dan Kereta

JDT Lubricants Di Stadium Sultan Ibrahim, Tawar Minyak Enjin Motosikal Dan Kereta

02/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memperluaskan jenamanya dalam industri automotif menerusi JDT Lubricants yang menawarkan...

Akmal Saleh Hampir Cukup Wang Bayar Saman Teresa Kok, Berjaya Jual Motosikal Dan Ikan RM180,000

Akmal Saleh Hampir Cukup Wang Bayar Saman Teresa Kok, Berjaya Jual Motosikal Dan Ikan RM180,000

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memaklumkan beliau kini hampir mempunyai wang mencukupi untuk membayar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd