• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DJ Ternama Disahkan Maut Kelar Tangan Guna Kaca

oleh Ahmad Albab
03/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – DJ terkenal dunia, Avicii dilaporkan membunuh diri dengan menggunakan sekeping kaca, lapor laman web gosip selebriti TMZ, semalam.

Wakil DJ warga Sweden itu enggan mengulas lanjut berhubung laporan berkenaan, tetapi sebelum ini, keluarganya dilaporkan tidak menolak kemungkinan Avicii membunuh diri.

“Dia sentiasa bergelut untuk mencari makna mengenai kehidupan dan kebahagiaan.

“Dia tidak mampu bertahan lagi dan ingin mencari ketenangan,” kata keluarganya dalam satu surat terbuka pada Khamis lalu.

Sementara itu, TMZ yang memetik sumber yang tidak didedahkan berkata, Avicii mengalami pendarahan yang serius selepas mencederakan pergelangan tangan dengan kepingan kaca dipercayai daripada botol.

Avicii atau nama asalnya, Tim Bergling, 28, ditemui meninggal dunia pada 20 April lalu di sebuah bilik hotel ketika bercuti di Oman.

Polis Oman memberitahu, siasatan mendapati kematian DJ itu tiada unsur jenayah.

Avicii sebelum ini sering menyatakan mengenai masalahnya berkaitan ketagihan arak dan kesukaran sebagai seorang yang suka menyendiri yang cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan popular.

Dia mengejutkan peminatnya pada 2016 apabila bersara daripada jelajah konsert, namun dia kembali semula bekerja di studio.

Avicii dianggap DJ pertama membawa muzik elektronik ke arus utama dengan bekerjasama dengan penyanyi popular termasuk Madonna dan Coldplay. – AFP/myMetro Online

Tags: Aviciibunuh diriDJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd